89

35 11 0
                                    

Hoseok POV

Aku berlari ke arah Taehyung dan sedaya upaya menahan dia daripada kegilaan dirinya sendiri. Pisau tajam yang dipenggang terlepas daripada genggaman menyebabkan dia menjadi tidak siuman lagi. Dia meronta untuk dilepaskan dan disebabkan tangan aku yang luka, aku tidak mampu lagi untuk menahan dia yang begitu kuat bagaikan badang itu. Dia seperti telah dirasuk syaitan.

Tanpa berlengah seperti penjahat klishe, dia terus mengambil pisau yang berada agak jauh daripada kami semua. Aku pula berjalan ke belakang dan bersandarkan kaki aku pada belakang sofa dimana aku duduki sebentar tadi.

"Jungkook, serang dia" akhirnya, Seokjin hyung kembali berfikir. 

"Satu nyawa melayang baru kau nak berfikir ke hyung?!" pekik aku kerana begitu marah dengan tindakan Seokjin hyung yang begitu lambat. 

Minhyuk yang sudah terduduk kerana menyaksikan kekejaman itu terus menangis dan meminta maaf kepada aku. Raungan dia membuatkan aku pening. Raungan noona yang memeluk jasad papa sambil menangis tidak henti juga menambahkan kesakitan kepala aku. Soobin yang tidak berhenti dari tadi memekul kuat badan abangnya membuat aku begitu marah.

Jungkook mendekati Taehyung yang berada di hujung pejabat itu. Taehyung menggelengkan kepalanya mungkin kerana hantukan daripada pasu itu berjaya memeningkan dia.

Jungkook menolak badan Taehyung dan kedua-dua mereka bergelut di atas lantai kini. Jungkook berada di atas dan Taehyung berada di bawah. Jungkook sedaya upaya cuba merampas pisau itu daripada Taehyung sehingga mukakan calar-calar apabila terkena pisau itu.

Aku yang sangat pening dengan keadaan sekarang, terus berjalan laju ke arah Jungkook dan Taehyung yang sedang sibuk bergelut dan menolak Jungkook yang bagi aku begitu perlahan melakukan kerja. Taehyung mengambil peluang itu untuk berdiri semula dan cuba mencederakan aku sambil memegang pisau itu menggunakan kedua-dua tangannya supaya lebih mudah menikam.

Tangan aku dengan pantas menahan bilah pisau itu daripada terkena badan aku dan aku berkerut menahan kesakitan. Sesungguhnya papa lebih terseksa berbanding aku sekarang.

Aku kemudian melempang muka Taehyung dan menyebabkan dia berhenti meronta seketika. Dia tersenyum. Tangannya cepat menarik pisau itu dan aku dapat merasakan bahawa telapak tanganku ini telah pun dilapah. Kerana kesakitan tidak terperi itu, aku membiarkan dia, kemudian dengan mudah sahaja dia;

SHAK!

Darah terpercik ke muka Jungkook membuatkan Geum Byeol menjerit, "PAPA!"

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang