72

30 9 0
                                    

Aku mengambil teropong pemberian namjoon yang berada di belakang van dan meneropong rumah anak yatim ini. Semenjak kami sampai, tiada kanak-kanak langsung yang bermain di luar dan ianya sangat pelik. Sekarang jam menunjukkan pukul lima petang dan sepatutnya kanak-kanak riang pergi bermain.

Namjoon juga ada menyatakan bahawa kanak-kanak disini suka bermain bola sepak pada waktu petang. Kami berdua agak pelik dengan perubahan yang berlaku.

"Tuan, apa kata kita serbu rumah ni terus memandangkan tiada sesiapa pun yang akan memerhatikan kita?" Namjoon memberikan pendapatnya.

"Tak. Aku rasa lebih baik kita duduk di sini saja. Aku nak tahu rumah ni berada di bawah syarikat apa" aku memberikan arahan kepadanya.

"Baik tuan" Namjoon mula menekan papan kekunci dengan begitu pantas bagi mencari sebanyak mana maklumat yang boleh diperolehi. Aku meneruskan tugas aku meneropong tempat itu.

Sedang kusyuk aku meneliti setiap sudut rumah itu, tiba-tiba sahaja muncul sebuah kereta berjenama Chevrolet berwarna hitam memarkir betul-betul di hadapan rumah anak-anak yatim itu.

"Namjoon, ada orang datang" aku memberitahu namjoon sambil aku asyik meneliti gerangan manusia yang masuk ke dalam pintu utama rumah itu. Dia tidak mengambil masa yang lama until keluar dengan beg besar dan seorang kanak-kanak yang duduk di atas sebuah kerusi roda. 

"Namjoon, kenapa kau tak bagi tahu aku pasal byeol?" Aku cuba menahan marah. Walaupun aku tahu bahawa namjoon tidak memberitahu kerana kemungkinan besar aku tidak percaya namun perlukah dia tidak memberitahu langsung?

"Sebab rasa ianya lebih baik jika tuan lihat dengan mata tuan sendiri" namjoon berkata perlahan, mungkin takut dimarahi.

Aku mengeluh. Tiada guna aku memarahi namjoon yang sudah acap kali membantu aku. Perlu diingatkan juga aku berada di sini kerana dia.

"Maaf, aku terlampau ikutkan perasaan" aku memandang dia dan tersenyum. Kemudian terus sahaja aku meneropong tepat ke wajah lelaki itu. Bunyi papan kekunci langsung tidak mengganggu aku.

"Kenapa aku seperti kenal lelaki tu?" Aku berbisik

"Tuan muda" panggilan namjoon membuatkan aku memandangnya.

"Tuan takkan percaya bahawa in semua angkara siapa" namjoon menghulurkan komputer ribanya kepadaku.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang