Hoseok POV
"Sekarang Minhyuk sshi, awak ada pilihan sama ada tunjuk pada encik Jung atau tunduk pada saya. Tak mahu dilupakan bahawa saya yang rahsiakan kejadian malang tu daripada pihak media. Pilihan ditangan awak" Seokjin tiba-tiba sahaja berunding dengan abang iparku. Dia kelihatan begitu takut, sama seperti papa.
"Oh, jangan lupa juga tentang penceraian awak dan Youngshim, saya juga timbuskan segala rahsia. Tidak sangka sampai begini sekali perkara penceraian ni memberi keuntungan. Betul orang tua-tua kata, kalau kita mempermudahkan urusan orang, tuhan mempermudahkan urusan kita" Seokjin hyung ketawa suka.
"Apa maksud kau hyung? Apa yang kau cuba katakan ni?" Aku cuba meminta penjelasan lebih lanjut.
"Hah, bukankah kau sepatutnya lebih tahu bahawa lelaki yang melutut di depan kau itu adalah pesaing kau? Youngshim pernah mencintai lelaki ini dan lelaki ini sanggup mencacatkan anaknya sendiri. Bukan ke lebih baik kalau kau melepaskan marah kau kepada dia? Apa yang aku lakukan hanyalah merahsiakan segalanya dan juga.. mengarahkannya" Seokjin hyung ketawa terbahak-bahak melihat reaksi aku seperti begitu marah kepada Minhyuk.
Aku bangkit dari kedudukanku dan cuba untuk berdiri didampingi kakakku dan isteri aku. Lelaki yang ditolak tadi masih melutut kemudian menutup mata kerana tidak tahu apa yang aku fikirkan. Diikutkan hati, mahu sahaja lelaki ini aku seksa dengan besi panas yang merah kemudian aku cocok kulitnya sehingga hangus.
"Seokjin hyung, apa je yang kau dapat daripada menyeksa aku sampai macam ni sekali?" Soal aku, benar-benar ingin tahu apa yang tersirat di dalam kepala otaknya.
"Kepuasan tak terhingga? Kegembiraan melampau? Keseronokan yang tidak akan kau lupakan? Kau ingat, bila kau langsaikan segala dendam kesumat kau, kau akan bahagia?" Entah kenapa, aku memprovok dia. Mungkin kerana aku gila. Aku hanya mampu cakap tanpa berfikir pada waktu ini.
"Kau semakin berani Jung Hoseok" Seokjin hyung tersengih.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY