5

100 38 39
                                    

Hoseok POV

Semua yang ada kat depan aku berpusing-pusing. Kepala aku pening. Tekak aku loya. Menyesal pula aku minum berbotol soju.

Aku berjalan terhuyung-hayang di atas jalan pejalan kaki yang lengang ni. Aku boleh nampak orang menjauhi aku.

Hampir sahaja aku terjatuh, aku terhantuk pada tiang elektrik yang berada di sebelah aku.

"Kau..." Aku menundingkan jari ke arah tiang lampu itu. "Kau cederakan aku!"

Aku akhirnya perasan aku yang telah aku lakukan dan memukul-mukul kepala aku sendiri.

"Ahhh!!! Tak guna punya tiang! Kau tak tahu ke siapa aku?!" Aku memarahi tiang tersebut. Aku memukul-mukul tiang itu dan menolaknya.

Kepala aku masih pening. "Argh... Macam mana aku nak balik ni?" Aku berjalan ke tepi laluan dan melambaikan tangan walaupun suasana lengang.

"Arghh!! Tak guna!" Aku akhirnya memeluk tiang lampu isyarat dan terduduk.

"Awak tak apa-apa?" Soal seseorang yang sangat aku kenal.

"Awak..." Aku menunjuk ke arahnya kemudian ke arah lain. "Dari mana? Mana Byeol?" Soal aku mata hampir tertutup.

"Byeol demam panas. Saya baru balik dari belikan ubat. Lepas tu nampak awak pukul-pukul tiang lampu tu" suaranya kurang jelas namun cukup membuatkan aku tersengih.

"Hah? Oh.. aku nak balik!" Balasku tanpa memikirkan apa-apa lagi. "Aku nak balik rumah!" Tawaku.

"Saya... Saya panggilkan teksi untuk awak" tergopoh gapah dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket.

"Tak nak! Nanti mama bebel! Nanti kalau telinga saya sakit macam mana?" Balas aku, tersengih.

"Habis tu, awak nak balik rumah mana?" soal perempuan itu, sambil berkerut.

"Rumah awak lah! Mana lagi?" Tawaku meletus.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now