50

34 13 0
                                    

Young Shim POV

aku bangun dari perbaringan kemudian duduk mengurut kepala. aku menoleh ke kiri dan kanan. suasana ni, langsung aku tak kenal. aku bangun dari atas katil, menuju ke pintu. tujuan aku, mencari anak dan suami aku yang tak ada di sisi.

tepat sahaja apabila kaki aku memijak lantai di luar, kedengaran suara byeol menjerit. aku terus panik, namun tidak dapat tangkap dari mana arah jeritan tu.

"byeol?!" namanya aku panggil.

"mama! tolong byeol!" jeritan itu ternyata datang dari tingkat bawah. perut aku semakin sakit, namun demi byeol aku gagahkan juga berjalan menuruni tangga walaupun perlahan.

"mama!" apabila nampak sahaja kelibat byeol, byeol terus memeluk aku. aku duduk di atas tangga, wajahnya ku usap lembut.

"kenapa ni?" soal aku, kerutan di dahi mula terbentuk.

"lelaki tu kata, dia papa byeol! dia tipu! dia cuba peluk byeol tapi byeol tak nak! byeol jerit nama mama tadi banyak kali! kenapa mama tak dengar?" tangisan anak kecil itu membuatkan aku sayu. hati aku bertambah lagi beban apabila orang yang dia katakan memang betul di hadapan aku. memang patut aku sakit. bau ni yang datangkan sumpah.

"awak nak apa lagi dengan kami?" kasar aku bertanya kepada lelaki kurang siuman bagiku.

"young shim, saya nak kita bersama macam dulu, tolong beri saya--"

"apa? peluang kedua? langkah mayat saya dulu" aku memandang dia, memeluk byeol erat.

"awak, saya ayah byeol" pujuknya lagi.

"ayah? dulu, awak yang tak mengaku ni anak awak, darah daging awak. sekarang awak ayah dia pulak?" hamburku.

"maafkan--"

"tak, saya takkan. saya dah bersumpah untuk tak akan memaafkan awak. sudahlah awak mencenderakan anak saya, ada hati nak belai dia?" kali ini tiada lagi pujuk memujuk.

"kenapa susah sangat--" 

"awak penipu, awak pernah tipu saya. saya takkan percaya penipu macam awak kang min hyuk"

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang