Hoseok POV
Aku memeluk tubuh sendiri. Sejak semalam, aku tak boleh bangun tapi aku gagahkan jiga diri aku untuk pergi ke hospital sebab seharian rasa seperti tekak aku terbakar.
Yoongi hyung sedang menunggu aku yang sedang menunggu giliran. Aku termenung sehigga aku terdengar nama seseorang yang amat aku kenali.
"Cik Young Shim! Sila pergi ke bilik nombor 7!"
Terus sahaja aku berpaling ke arah jururawat yang memanggil nama itu. Kelihatan juga seorang perempuan sedang berjalan ke arah jururawat itu.
Tapi, tu bukan Young Shim yang aku kenal.
Aku mengeluh hampa. Aku perlu sedar yang nama Young Shim bukannya hanya digunakan oleh Young Shim. Ramai juga orang lain yang nama sama dengan Young Shim.
Aku terus bersandar pada kerusi sehingga nama aku dipanggil oleh seorang jururawat.
+
Selepas aku keluar daripada bilik itu, aku diminta until menunggu lagi. Untuk mengambil ubat.
Yoongi sekali lagi tertidur pada bahu aku. Mungkin dia penat sangat kot kerja siang malam. Tidak tidur-tidur. Aku meletakkan kepala aku diatas kepalanya.
Semakin sakit pula kepala aku ni. Beberapa kali aku menguap. Sampai berair mata aku. Kemudian Yoongi mengangkat kepalanya.
"Kenapa kau nangis?" Soal yoongi hyung mamai.
"Nangis?" Aku mengelap air mataku yang sudah membasahi pipi. "Aku menguap banyak kali sampai nangis" terangku.
"Ouh" dia mengangguk.
"Jung Hoseok sshi?" Panggil seorang jururawat yang duduk di kaunter farmasi.
"Hah, cepat. Aku nak pergi kerja ni" tolak Yoongi hyung.
Terus sahaja aku pergi ke kaunter farmasi dan mendapatkan beberapa ubat.
"Dah jom cepat" Yoongi hyung menarik tangan aku menuju ke arah kereta miliknya.
Kemudian, apabila kereta mula dipandu keluar daripada klinik tersebut, mata aku terbeliak apabila terlihat dua susuk tubuh yang sangat aku kenali.
' Young Shim? Geum Byeol? Diaorang sakit ke?' tapi, aku hanya mampu melihat kerana kereta hyung sudah laju meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY