79

32 11 0
                                    

"apa yang kau cuba nak buat ni hah? apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku? kenapa kau sanggup buat macam ni pada aku? hyung, kau bukan seperti yang aku kenal" aku sebak. tidak aku sangkakan kawan baik aku sejak kecil sanggup menghancurkan hidup aku sebegini rupa.

"mungkin ini ialah diri aku yang sebenarnya jung hoseok. aku dah penat pakai topeng buatan papa kau. aku buat semua ni untuk balas dendam apa yang keluarga kau dah buat kat aku dan semua ini bermula dari kau!" seokjin menundingkan jari kepadaku.

"kalau kau tak lahir ke dunia ni, tiada sesiapa pun akan menderita. young shim kesayangan kau takkan mati. namjoon, jimin, nyawa dorang takkan melayang sia-sia je. hidup aku, takkan gelap macam sekarang!" dia menjerit kepadaku. mukanya merah menyala.

"apa maksud kau sebenarnya hyung? aku tak faham" aku cuba bercakap dengannya sambil tanganku memeluk byeol yang sibuk menangis sambil menggenggam kuat lenganku yang ditembak tadi. nafasku mula tidak teratur menyebabkan aku terbatuk-batuk.

"kau tanyalah bapak kau tu. dia seorang je yang tahu segalanya. aku rasa dah tiba masanya kau tahu asal usul kau jung hoseok" seokjin duduk di atas sofa yang berada di hadapannya.

"pa, apa sebenarnya semua ni? apa yang buatkan hyung jadi macam ni?" aku menyoal sambil tepat memandang papa.

"papa tak tahu" balas papa menggeleng, masih tidak mahu mengaku kesalahan yang dilakukan olehnya.

"papa! baik papa bagitahu seok sekarang juga!" aku menengking dan papa nampaknya agak takut. entah kenapa, aku terasa sebak pula terpaksa memaksa orang tua aku melakukan perkara begini.

"hey jungkook, kau pergi bawa lelaki tak guna tu, keluarga jung sekali. aku nak tengok reaksi anak perempuan dia bila papa dia mati di tangan aku nanti" seokjin mengarah jungkook yang berada di hujung pejabat kerja seokjin, hanya menjadi tukang pemerhati yang tidak melakukan apa-apa.

"baik tuan" dia menunduk kepadaku dan papa kemudian kepada seokjin.

"sekarang kita tunggu. sama ada papa kau nak mengaku depan kau sahaja ataupun depan semua orang" seokjin menyengih sambil menyilangkan kakinya.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now