98

32 10 2
                                    

Geum Byeol POV

Kelihatan papa dan omma berjalan beiringan masuk ke dalam rumah. Terus sahaja aku berjalan laju ke arah omma Soobin bagi mendapatkan berita gembira.

"Sorry sayang, omma bukan tak nak tapi omma rasa masih belum sampai masa" perntaan itu membuatkan aku mengeluh. Aku memang nakkan seorang adik. Lagi-lagi kalau dia seorang perempuan.

"Tak apalah.. bukan Byeol yang mengandung, omma yang mengandung. Kalau tu keputusan omma, siapalah Byeol nak menegah?" aku duduk di atas sofa empuk di belakang aku.

"Byeol marah ke?" soal omma Soobin.

"Tak. Tak marah pun" aku tersenyum.

"Tapi macam hampa sangat je bunyinya?" soal papa yang baru datang daripada dapur.

"Agaklah. Tapi bukannya Byeol yang tentukan sama ada papa dengan omma dah bersedia ke belum" aku mengangkat bahu.

"Sudah matang rupanya anak papa ni" papa menyerabaikan rambut aku.

"Apa ni pa? Byeol dah 15 tahun lah!" aku memperbetulkan rambut aku yang serabai.

"Ish penting sangat ke rambut tu? sikit sikit nak betulkan" papa mencapai remote televisyen dan membuka satu siaran drama.

"Mestilah! Ni kira macam aset terpenting tahu?" 

"Banyaklah Byeol punya aset" papa ketawa.

Aku tersenyum. Bukan mudah sebenarnya untuk lihat papa ceria begini. Mungkin jauh di sudut hatinya dia masih menangis dan murung. Tapi aku tahu yang papa aku seorang yang kuat. Banyak halangan yang dia dah tempoh selama ni. 

"Amboi, jatuh cinta dengan muka hensem papa ke macam mana ni?" soal papa sambil memandang aku yang asyik memandangnya.

"Haah" aku mengangguk.

"Eh mana boleh macam ni" omma mencebik.

"Ya tuhan, apa saja yang tak kena dengan kamu hari ni Byeol?" soal papa berkerut.

"Entahlah pa" aku mengangkat bahu. "Byeol nak naik atas dulu. Nak mandi sebab badan dan belengas sangat. Oh by the way, Byeol tak mandi dari pagi tadi" selepas kata-kata itu, teus sahaja aku melarikan diri ke atas. 

Dari bawah, aku dapat dengar suara jeritan papa, "JUNG GEUM BYEOL! TAK SENONOH PUNYA BUDAK!" 

Aku ketawa mengekek.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now