Hoseok POV
"ma, kalau ada sesiapa yang datang, jangan bukak, okay?" aku berjalan laju menuju ke dalam bilik dengan peluh yang dari tadi tidak berhenti menitik.
"apa dah jadi, park jimin?" aku menjerit, sebaik sahaja aku menghepas pintu bilik tanda aku berada di luar kewarasan.
"seok, kenapa ni" aku dengar satu ketukan dari arah luar.
mata aku terus tertacap pada suitcase yang aku berikan kepada jimin beberapa hari lepas. bau darah merah yang masih menyengat mukus bau aku.
bendalir yang mengalir di atas beg itu terus menerus menitik keluar dari dalam beg.
"aku tak bunuh kau, sengal" aku menggeleng, cuba menafikan apa yang dah berlaku di hadapan aku.
"seok, kenapa ni" mama kedengaran sangat risau di luar.
tapi aku dah luar kewarasan aku. kalau aku buka beg ni sekarang apa yang akan jadi? kepala dia ke yang akan keluar?
"s-seok tak apa-apa ma, seok nak sorang-sorang sekarang, mama boleh pergi sekejap?" suara aku menggeletar mengikut rentak kerongkong aku. gigi aku tidak berhenti berlanggaran di antara satu sama lain.
"okay, nanti apa-apa, panggil mama okey?" sekejap selepas itu, suara mama terus hilang.
aku cuba memberanikan diri memandang sekeliling. aku merangkak ke arah katil aku, di mana beg itu terbaring di atasnya.
aku mencapai beg itu dan menurunkannya di atas lantai. kesan darah dari beg tu tercalit panjang pada sarung katil dan meninggalkan kesan yang aku tidak tahu boleh hilang atau tidak.
aku memberanikan diri membuka satu-satu kunci pada beg itu dan perlahan-lahan membuka beg itu sabil menutup mata.
bau darah pekat hampir membunuh aku. aku buka mata, satu tangan yang berlumuran darah darah serta memegang beberapa helaian kertas membuatkan aku bertindak membaling beg itu dan berlari terus ke dalam bilik air untuk muntah.
aku memandang muka aku pada cermin. darah yang datang entah dari mana tercalit sedikit pada tangan dan muka aku, membuatkan aku menyental muka sambil menangis.
aku... takut.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfic[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY