42

44 15 4
                                    

Hoseok POV

"saya rasa anak saya langsung tak bersalah dalam hal ni" aku menyuarakan pendapat. memang, susah nak percaya byeol bertindak tanpa sebab. lagipun bukan teruk sangat pun budak tu kena tumbuk.

"Tapi masalahnya sekarang, dia dah tumbuk anak saya! Kalau ada apa-apa yang terjadi dengan dia macam mana?" Soal wanita yang sedang duduk di atas kerusi sambil menyilangkan kaki dan tangannya.

"Tak ada yang akan terjadi pada dia. Dia lelaki. Mesti dia pandai mempertahankan diri. Bukan hanya sebab dia ni kaya dan berpengaruh, semua benda mesti ikut cara dia" tenang sahaja aku membidas.

"Eh, suka hati dialah nak buat macam mana pun. Hidup dia! Pernah ke sekali dalam hidup anak saya, dia kacau anak awak?" Wanita itu masih tak berpuas hati.

"mungkin dia tak pernah kacau byeol, tapi dia kacau kawan byeol, dia kacau keamanan hidup byeol. Byeol berhak untuk hentikan semua tu. Bayangkan kalau awak dalam tempat budak yang anak awak buli tu. Apa yang awak akan rasa?"

"Kalau awak saman saya sebab perkara bodoh ni sekali pun, awak jangan lupa yang saya juga ada hak untuk bagitahu kepada semua orang tentang apa yang anak awak dah buat pada anak orang lain" aku menambah isi ceramah.

Wanita itu diam. Anaknya juga terdiam. Pengetua sekolah hanya mampu menggelengkan kepala.

Aku memandang ke arah geum byeol. Dia tersenyum. Comel aku tengok. Pandangan aku beralih pula pada young shim. Dia tersenyum lega sambil memandang aku. Aku membalas senyumannya.

"Huh, tuan pengetua, kalau semua pelajar dan ibu bapa kepada pelajar awak berkelakuan macam ni, lebik baik kalau anak saya pindah sekolah lain yang jauh lebih bagus dari sekolah ni" wanita itu menghentak kakinya lalu menarik lengan anaknya keluar dari bilik itu.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now