Dua tahun berlalu
Hoseok POV
"Yah! Jung geum byeol! Berapa kali mama nak cakap? Jangan main hujan!" Bebel young shim yang bercekak pinggang, mengintai geum byeol dari dalam rumah.
"Alah! Sekejaplah mama!" Geum byeol memprotes, tetap berada di dalam hujan.
"Seok, tengok anak awak seorang tu, hujan lebat ni, tak nak masuk dalam pulak dia" young shim menoleh ke arah aku yang asyik menolong televisyen.
"Alah, diakan lelaki, kena kental. Kalau setakat hujan siapa kisah?" Balas aku, sejujurnya sedang bermalas-malasan.
"Saya kisah, seok!" Young shim mengambil tempat di sebelah aku. Dia mula memeluk tubuh.
"Alah, shim sayang ni, takmo merajuk" aku membaringkan kepala aku di atas pehanya.
"Ish, awak ni" young shim tersengih, mengusap perlahan kepala aku.
"Ma, pa, tengok ni" geum byeol yang baru sahaja masuk dengan basah lencun menghulurkan seekor anak anjing ke arah muka kami.
"comelnya!" aku bangkit dari perbaringan dan mencapai anak anjing yang basah itu.
tiba-tiba dia menggoyang-goyangkan badannya menyebabkan air dan lumpur pada badannya terpercik ke sana sini.
"argh! jung geum byeol! jung ho seok! kamu berdua ni!" young shim cuba mengelak daripada terkena lumpur.
"tengok! habis lantai kotor! sofa kotor! siapa yang nak tolong bersihkan ni? dah lah masing-masing pemalas!" young shim mengamuk seperti seekor singa.
aku menyerahkan anak anjing tersebut kepada geum byeol "okay, nanti kitaorang tolong okay?" kemudian aku mengurut bahu young shim.
"hmph" dia tidak mahu memandang aku.
chup!
"kitaorang tolong okay? dah, jangan merajuk lagi" tambah aku kemudian mengeyitkan mata.
"eiii, geli!" geum byeol terus membuat muka pelik ajaran jiran sebelah, kim tae hyung.
"ei, kalau byeol buat muka macam tu lagi geli, tambah dengan hodoh tahu?" kata aku, sengaja menyakat.
"hish! papa ni sengaja kan?"
"hish! awak ni sengaja kan?"
akhirnya, kedua-dua belah pipi aku dicubit serentak dengan pukulan byeol di kaki.
"sakitlah!" aku mengaduh.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY