Seokjin POV
Aku terus mendapatkan Hoseok yang mengelupur itu. Tikaman itu terkena tepat pada badannya namun tidak dalam kerana tangannya yang lagi satu sempat menahan. "Hyu..ng, sakit" dia membisikkan kata-kata itu namun aku dapat mendengarnya dengan jelas. Nafasnya tersekat-sekat kerana menahan perit kerana bertahan daripada kekejaman adiknya sendiri.
Geum Byeol mengensot laju menuju ke arah aku dan papanya dan terus sahaja mengenggam tangan papanya yang masih hangat itu. Tak, aku tak boleh biarkan Hoseok mati sekarang. Begitu banyak perkara yang aku ingin meminta daripadanya terutama sekali kemaafan kerana dia mengejutkan aku daripada kebodohan aku sendiri.
"Jungkook, tangkap dia" arah aku, terketar-tekar kerana cuba untuk menahan kesabaran. Sudah dua mayat kehilangan nyawa didalam bilik ini dan aku rasa seperti kedua-dua roh itu akan tetap berada di sini, mengacau aku yang telah menyeksa roh mereka keluar dari jasad. Semuanya kerana sifat tamak haloba aku sehinggakan aku menjadi seorang yang buta dan tidak serupa bikin.
Jungkook mengikut arahan aku dan berlawan dengan Taehyung. Disebabkan Jungkook merupakan seorang lelaki yang mempunyai tali pinggang hitam di dalam taekwondo, dengan mudah dia menumbangkan Taehyung kemudian membiarkan dia meniarap dan mengunci pergerakan dengan duduk di atas belakangnya sambil kedua-dua tangannya dipengang kukuh oleh Jungkook.
Darah yang mengalir deras itu aku tutup dengan tangan besar aku dan aku memintanya bertahan. Aku menjerit bagaikan mahu gila kerana dia mengalami kesusahan untuk bernafas dan dia terbatuk-batuk berkali-kali. Melihat penyeksaan itu, aku berasa begitu insaf sekarang.
"Ambilkan telefon aku di atas sofa" arahan dikeluarkan dan tiada sesiapa yang menjawab.
"AMBILKAN TELEFON AKU!" aku membentak kepada dua orang perempuan yang dari tadi langsung tidak melakukan apa-apa. "KAU NAK LELAKI NI MATI KE?!" aku menjerit lagi seraya itu Soobin terus berlari ke arah sofa dan mengambil telefon aku dan mendekati aku.
"Dail nombor 1 di tempat panggilan keemasan. Nombor tu nombor doktor persendirian aku" aku memberitahu kepadanya dan terus sahaja dia mendail nombor itu. Dengan suara terketar-ketar, dia memberitahu terdapat mayat dan lelaki cedera di sini.
"Papa!" jeritan Geum Byeol membuatkan aku panik. Mata Hoseok sudah kuyu. Tangannya yang menggenggam tangan anak kecilnya seperti mahu terlepas. Air matanya mengalir.
"Maafkan papa, Byeol"

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY