100 | epilog

68 13 0
                                    

Geum Hae POV

"The end" aku menutup buku album yang berada di atas peha aku.

"Waaahh hebatnya moyang kita!" Jerit Ji Ho.

"Walaupun dah banyak kali dengar, Rina tetap menangis jugak!" Rina mengelap air matanya.

"Kamu berdua ni macam macam lah perangai!" Aku gelak.

Sudah 55 tahun aku dilahirkan di dunia ini. Aku sudahpun berkahwin dan dikurniakan empat orang anak dan dikurniakan dua orang cucu dari anak pertama.

Sudah 20 tahun papa meninggalkan aku kerana sudah berumur. Omma pula meninggalkan aku 40 tahun yang lalu semasa beranakkan adik aku tetapi akhirnya, kedua-dua mereka meninggal dunia.

Abang Byeol pula meninggalkan aku kerana dia menyertai pasukan tentera sebagai bahagian senjata nuklear. Dia mati semasa pertempuran tidak lama selepas papa meninggalkan.

Aku bernasib baik kerana dikurniakan nyawa yang panjang. Aku juga beruntung kerana dikurniakan keluarga yang bahagia walaupun ditinggalkan mereka yang menjaga aku sejak kecil.

Setiap kali hari lahir aku, aku akan menceritakan kepada keturunan aku tentang kesusahan papa untuk mendapat kebahagiaan hidup dan bagaimana dia bangkit semula daripada semuanya.

"Nenek, bila Jiho tengok muka moyang dalam gambar kan, muka dia hensem sangat. Mesti muka Jiho ni ambil dari dia kan?" Soal Jiho yang berumur 5 tahun itu.

"Hm boleh tahan juga. Tapi bagi nenek, abang Byeol lebih hensem berbanding papa" aku ketawa lagi.

"Sayang betul nenek dengan atuk Byeol tu kan?" Gurau Rina yang berumur tujuh tahun itu.

"Mestilah! Dialah abang paling baik pernah nenek jumpa tahu?" Aku tersenyum dan menyeka air mata.

"Kan lagi bagus kalau kitaorang daoat jumpa sendiri lepas tu berborak dengan dorang" Jiho mengangkat bahu kemudian mengeluh.

"Nak buat macam mana" aku menggeleng.

"Nenek tak rindu ke?" Soal Rina.

"Mestinya. Masa pasukan tentera datang ke rumah, nenek ingat lagi yang nenek tak mahu makan tak mahu tidur. Hari hari menangis sebab tak boleh terina kenyataan. Nasib baik atuk kamu tu pandai memujuk" aku ketawa lagi.

Tiba tiba kedua dua mereka memeluk aku. "Kitaorang akan jaga nenek sampai bila bila!"

"Yelah" aku menepuk belakang mereka.

"Mak, Jiho, Rina! Turun makan!"panggil anak aku yang berada di bawah.

"Kamu berdua turunlah dulu. Nenek nak simpan album ni" aku aku sambil tersenyum.

"Okay!" Kata mereka serentak dan beelari turun.

"Jangan lari masa turun tangga!" Kedengaran suara anak aku yang kedua menjerit kepada mereka.

Aku memandang ke arah album yang berada di atas paha aku. Aku mengangkat dan menciumnya.

"Papa, omma, oppa, sampai bila bila, Hae akan bawa kenangan dan memori kita bersama sama. Itu janji Hae" air mata aku mengalir lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now