54

38 12 0
                                    

Hoseok POV

Aku gelisah sampaikan aku tidak mampu menumpukan perhatian kepada apa sahaja yang mereka ingin perkatakan. atau lebih tepat lagi, aku langsung tak berminat untuk dengar apa sahaja yang mereka cuba untuk sampaikan.

fikiran aku terus merewang kepada isteri dan anak aku. apa yang papa dah buat kepada mereka? di mana mereka sekarang? aku tidak mampu melakukan apa-apa selain daripada risau tentang mereka.

kelihatan pengantin perempuan tiba-tiba muncul bersama dengan wedding planner. aku hanya menjeling melihat dia tersenyum kepadaku. aku mengatur langkah ke arah mama, "ma, seok nak kuar jap" aku menjeling perempuan itu sekali lagi dan mengambil langkah pantas.

namun, mama sempat menarik lengan aku. "seok nak pergi mana?"terpancar kerisauan dari ar mukanya.

"tak pergi mana-manalah, hisap rokok je," aku tersenyum kelat.

"jangan tipu mama," mamanya berkata dalam nada berbisik. "kamu dah berhenti lama dulu"

"okay, okay.. seok nak call akak" balas aku sambil perlahan cuba melepaskan pergelangan tangan aku dari genggaman mama.

"seok, mama tak nak kamu buat perkara gila lagi" balas mama sambil melepaskan tangan aku.

aku mencium dahi mama buat pertama kalinya dalam masa yang lama, dan aku langsung tak ingat kali terakhir aku mecium dahinya, "ma, seok nak mama tahu, seok sayang sangat kat keluarga kita. at least, kalau ada event macam ni, seok nak kalau noona dengan husband dia ada. seok rindu anak buah seok juga. seok dah muak nak dengar cakap papa," aku memandang ke bawah kerana tidak mahu menunjukkan air mata. "mama mesti nak tengok anak mama yang seorang ni bahagia kan?" aku terpaksa menggunakan kata-kata itu.

mama tersenyum kelat. faham kenapa aku sanggup berkata begitu. bukan sebab aku tidak mahu bersama dengan mama dan bukan sebab aku tak hormat papa cuma kadang-kadang aku perlu lakukan sesuatu untuk diri aku sendiri.

"ma, seok pergi dulu" aku mengambil langkah laju meninggalkan dewan perkahwinan.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now