Geum Byeol POV
Aku sekarang berada di dalam sebuah kereta mewah Dan sejujurnya aku langsung tidak mengetahui keberadaan aku.
Pagi tadi, tiba-tiba sahaja Puan Song, ketua warden rumah anak yatim, menyuruh aku mengemaskan pakaian aku, kesemua sekali, kerana akan ada yang memgambil aku nanti. Aku dengan gembira mengemas segalanya kerana beranggapan papa yang akan datang membawaku pulang.
Tetapi, setelah aku mengemas barang aku dibantu oleh Cikgu Kim, semua orang termasuk guru-guru seperti takut dengan aku. Mereka juga tidak keluar bermain seperti selalu dan itu sememangnya menimbulkan tanda tanya.
Aku duduk di meja makan berdekatan dengan beberapa orang kanak-kanak yang lain dan mereka tidak berbisik seperti selalu. Mereka nampak begitu takut sehingga makanan mereka juga dikongsi denganku.
Habis sahaja makan, bekas makanan aku tiba-tiba sahaja dibawah oleh salah seorang dari mereka dan dia membasuhkannya untukku namun budak itu masih lagi takut untuk mendekatiku.
Sehinggalah lelaki itu sampai untuk membawaku pulang, semua kanak-kanak hilang entah ke mana dan guru-guru juga menggeletar apabila menghantar aku kepadanya. Tetapi aku tahu mereka semua berada di dalam bilik permainan, berdekatan dengan pintu masuk utama. Mereka membuka sedikit pintu kerana ingin tahu apa yang akan terjadi.
Aku mendengar bisikan mereka mengatakan 'dajjal bawa geum byeol' dan itu membuatkan hatiku tidak berhenti berdegup kencang sedari tadi. Bulu roma aku juga meremang tiap kali aku memandang lelaki ini.
"Abang akan bawa kamu pada papa kamu, jangan takut sangat" lelaki itu memberitahu dengan senyuman dibibir. Kerana takut aku membalas kembali senyuman itu.
"Ok" itu sahaja yang mampu aku katakan sekarang.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY