41

49 15 0
                                    

Geum Byeol POV

"apa yang kamu dah buat ni byeol?" soal mama yang duduk di bangku menunggu di sekolah aku.

aku dapat dengar derap kaki papa berlari mendapatkan kami.

"apa dah jadi?" soalan klishe daripada seorang ayah. aku cuba berharap dia tidak memarahi aku.

"awak tanyalah anak awak ni" mama seperti sudah pasrah dengan keadaan tidak sanggup memandang wajah aku lagi.

papa melutut bagi menyamakan ketinggian kami. "cuba byeol cerita, apa yang dah jadi?" suara lembut papa membuatkan aku lega seketika.

"byeol tumbuk budak tu" balas aku jujur.

"kenapa?" aku di soal siasat lagi.

"dia buli orang" balas aku perlahan.

papa memandang aku, tidak percaya dengan apa yang baru aku katakan. "maksudnya, anak papa ni hero lah ye?" soal papa.

  aku tidak mengangguk dan tidak pula menggeleng.  

mama seperti tidak percaya dengan apa yang papa katakan. kemungkinan mama sedang fikir kebaikan dan keburukan perilaku aku ni. akhirnya, mama tersenyum nipis, seperti lega dengan penerangan aku.

"kalau macam tu, papa takdelah malu. senang papa nak membebel kat dorang nanti" papa menepuk bahu aku perlahan.

"papa bangga dengan anak papa seorang ni" kata-kata papa membuatkan aku terharu. terus sahaja aku memeluknya.

"mama pun minta maaf sebab tuduh anak mama yang hebat ni melulu." mama berkata perlahan sambil ralit mengusap kepalaku.

"byeol minta maaf sebab dah susahkan mama dan papa" kata aku, dalam tangisan.

"tak adalah" balas mama dan papa serentak.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang