tuan muda terus makan tanpa segan dan gelojoh bagaikan sudah setahun tidak menjamah makanan. katanya, dia sudah lama tidak makan makanan sebegitu. katanya lagi, dia muak dengan makanan daripada chef-chef terkemuka yang hanya meletakkan satu per enam bahagian pinggan.
"saya nak tambah lagi" dia menghulurkan mangkuk makanannya kepada mak aku secara sopan sambil tersenyum. mak aku nampak seperti gembira melihat tuan muda yang seperti tidak mahu berhenti itu dengan senang hati manambah lagi nasi di dalam mangkuk lelaki itu.
aku hanya makan dengan perlahan, cuba untuk melengahkan masa supaya aku makan bersama dengan tuan muda. tiba-tiba tuan muda terbatuk kerana tersedak sup rumpai laut. aku tersenyum kerana terhibur dan menepuk-nepuk belakangnya sambil mak memberikan segelas air sejuk kepadanya.
"perlahan makan tu, hoseok sshi" mak aku tersenyum sambil menggeleng. tuan muda yang sudah menghabiskan air sejuk itu hanya tersengih melihat mak dan menunduk. "maaf" dia berkata kemudian tertawa kecil.
---
aku dan tuan muda duduk bersebelahan di atas buaian yang terletak di depan rumah aku. dia menyandarkan belakangnya menyebabkan buaian itu terbuai sendiri namun akhirnya dia memberhentikannya kerana pening.
"jadi, kau nak diam je ke?" tuan muda memulakan bicara. sesaat selepas itu, dia sendawa kuat. mungkin kerana makanan yang dimakan lahap tadi baru sahaja dicernakan.
"saya nak tanya tuan muda sesuatu sebenarnya" aku seperti teragak-agak untuk bertanyakan perihal perkara yang aku nampak semalam.
"tanya je lah" tuan muda memandang kepadaku kemudian matanya tertumpu kepada anjing peliharaan aku. dia tersenyum dan berjalan ke arahnya, meninggalkan aku di atas buaian. kemudian dia duduk di atas lantai yang basah kerana air siraman bunga yang mengalir sambil mengusap badan monnie.
"tuan muda" aku memandang ke arahnya. dia langsung tidak mempedulikan aku.
"kenapa ada parut pada dada tuan?"
tuan muda berhenti bermain dengan monnie dan diam tak terkutik.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY