81

33 10 0
                                    

Hoseok POV

Apa yang baru sahaja diceritakan oleh Seokjin hyung membuatkan apa terpinga. Sakit juga hati kerana selama aku hidup aku baru sahaja mendapat tahu bahawa aku mempunyai seorang adik lelaki dan aku juga terkilan kerana Seokjin hyung tidak memberitahu kepada aku tentang ikatan kami berdua. Aku faham kenapa dia begitu marah dengan aku sekarang. Sedangkan adik kami sengsara, aku pula sentiasa dilimpahkan dengan kasih dari keluargaku. Walaupun perlakuan papa tidak pernah disukai oleh aku, sekurang-kurangnya rahmat hidup dicurahkan kepada aku.

Mereka naik ke menara ini dengan cara yang sakit dan aku dapat merasakan bahawa lelaki-lelaki di hadapan aku ini lebih banyak tersembam ke tanah berbanding aku. Sekarang baru aku mengerti erti kepayahan yang sebenar selepas selama ini aku rasakan ianya menghimpit dadaku setiap kali terlihat mereka yang disayangi lenyap dari dunia.

Namun itu tidak menyanggah fakta bahawa mereka berdiri dengan cara tidak bermoral dan keji, bukan sahaja disisi pandangan manusia sekalipun binatang tidak berkelakuan sebegitu.

"Hyung, walau macam mana sekalipun kesakitan yang engkau alami disebabkan aku, engkau masih tak layak untuk menarik nyawa manusia tak bersalah. Engkau masih tak berhak mengambil peluang orang lain hidup bahagia pada hari esok" aku mengeluarkan kiasan membuatkan dia kurang senang.

"Aku tak faham apa maksud kau Seok dan aku takkan pernah akan cuba untuk faham. Aku dah lakukan segalanya di bawah topeng papa kau dan segalanya akan berjaya sebentar sahaja lagi. Kedudukan keluarga Jung yang menghina keluarga aku akan aku runtuhkan. Kehidupan kau akan menjadi seperti gelandangan yang merempat di bawah jambatan, busuk dan penuh najis. Aku mahu kau faham perkara itu betul-betul supaya kau tahu, kau sememangnya perlu menebus kesalahan kau" Seokjin hyung tersenyum sinis.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now