76

30 11 0
                                    

kami sekarang berada di dalam lif menuju ke tingkat 30, tingkat kedua paling atas. aku memandang ke arah taehyung yang sedari tadi langsung tidak berkata-kata cuma mempelawa dan tersenyum sahaja. jirannya dari pulau itu berkelakuan begitu pelik sehingga dia merasakan bahawa yang dia lihat sekarang bukanlah taehyung yang kebudak-budakkan seperti yang dikenali dahulu.

"hey, taehyung. kenapa kau boleh ada kat sini?" soal aku, berbasi-basi sedangkan namjoon seperti cacing kepanasan kerana asyik mengelap peluh menggunakan lengan bajunya.

"aku bekerja di sini hyung" taehyung menjawab selamba tanpa memandang aku.

"kenapa kau tak pernah bagitahu aku?" aku menyoal kerana agak kecewa dengan jirannya yang seorang ini. sudahlah dia yang paling rapat dengan keluarga aku. 

"hyung tak pernah tanya" dia memandang aku dan kemudian memandang namjoon atas ke bawah. "pengawal peribadi ke?" soal taehyung tiba-tiba.

"lebih kurang" belum sempat aku menjawab, namjoon memintas percakapan aku.

"awak tak nampak macam seorang pengawal peribadi. badan dah cantik tapi malang tiada kemahiran" taehyung tersengih.

"apa yang kau cakap ni taehyung?" aku sungguh keliru dengan perubahan yang taehyung tunjukkan.

'level 30'

dengar sahaja pengumuman itu, taehyung terus sahaja memandang ke hadapan untuk keluar daripada tempat yang sempit ini. dia terus mempelawa aku dan namjoon keluar dan membawa kami ke tempat yang memang menjadi kebiasaanku.

"saya tak boleh masuk. maafkan saya. tuan kim menunggu tuan jung di dalam" kim taehyung menunduk kemudian menghilangkan diri di balik bilik-bilik yang berada di aras ini.

aku membuka pintu dan orang pertama yang aku lihat ialah kim seokjin. kawan aku yang selalu membantu aku. dia sedang duduk di tempatnya dengan senyuman bagaikan menunggu kedatangan aku. semakin luas aku buka, susuk tubuh geum byeol dan lelaki yang membawanya ke sini menjadi tatapanku. 

"papa!" jerit geum byeol dengan laju memusingkan rodanya untuk bergerak ke arahku.

"kang geum byeol, jangan kamu berani dekatkan diri kamu dengan dia" papa tiba-tiba sahaja mengacukan pistol ke kepala geum byeol, membuatkan aku tersentak.


✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang