58

29 7 2
                                    

Hoseok POV

Sudah setahun aku tidak dapat menemui keluargaku. Kini aku juga telah bergelar suami kepada soobin. Entah kenapa, aku hanya turutkan sahaja semua perkara yang diarah oleh papa seakan aku pasrah dengan keadaan aku.

Aku memang bodoh.

Namun apa yang aku boleh buat sekarang? Tiada siapa pun yang dapat menolong. Semasa hari perkahwinan aku dengan soobin setahun lepas, aku ditangkap polis sekali lagi. Mungkin kerana itu aku takut untuk melawan arahan papa.

Berita perihal yoongi hyung pula langsung tidak aku ketahui. Tetapi aku tahu bahawa dia selamat kerana papa tidak mungkin menyakiti yoongi hyung kerana aku kembali terikat ketat. Aku tidak boleh lari dari permainannya.

Hidup aku kini kembali kosong seperti sedia kala. Tiada apa yang berubah kecuali ada seorang perempuan yang duduk disebelah aku semasa kami makan malam bersama. Ada seorang perempuan yang tidur sekatilku pada setiap malam. Ada seorang wanita yang sentiasa duduk di sebelah aku, di mana-mana sahaja sehingga aku rasa rimas dan lelah.

Namun aku hanya mampu ikhlaskan sahaja. Tidak guna aku melawan. Aku tahu aku juga yang akan dikenakan semula. Aku tidak mempunyai apa-apa kuasa sakti yang membenarkan aku melakukan teleportasi ke tempat lain.

Kemana sahaja aku pergi, semestinya papa sudah mengetahui.

Sedih. Hidup aku memang sedih.

"Seok-ah, kenapa termenung ni?" Mama menegur aku yang langsung tidak mempunyai selera memandang makanan mahal yang dimasak daripada chef-chef bertaraf dunia itu.

"Makan" hanya sepatah sahaja arahan yang diberikan kepadaku namun fikiran aku masih tidak boleh menghadam dunia realiti kerana terlampau merindui keluargaku yang hilang entah ke mana.

"Seok melawan papa ke?" Aku memandang papa. Air mata sudah bergenang tetapi aku tidak mahu ianya tumpah.

Stik kambing dipotong dengan mudah dan ku masukkan ke dalam mulut. Dagingnya segera cair di dalam rongga mulutku.

"Sedap" kataku sambil tersenyum.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now