52

32 11 0
                                    

Young Shim POV

"maaf byeol, tapi semuanya dah tertulis. sekarang, kamu akan tinggal dengan papa sebenar kamu, bukan dengan papa ciplak datang dari mana tu!" marah lelaki yang tak sedar diri di hadapan aku sekarang ni.

Hati aku panas memikirkan perangai tak sedar diri dan pentingkan diri sendiri dia yang tak pernah berminat untuk berubah walau sekelumit pun. Dada aku sakit seperti dibakar api.

"awak dah tahu diri sendiri tu tak boleh nak jaga, kenapa mesti awak perlu jaga saya dan byeol? Dulu, berbunga ayat yang awak beri pada saya. Awak kata awak akan jaga saya sama macam saya ni nyawa awak. Tapi sekarang? Hanya sebab saya sakit, awak tendang saya macam saya ni haiwan. Awak tak layan nak panggil byeol anak sebab masa sebelum dia lahir pun awak dah tolak dan buat masa hadapan dia gelap! Awak tahu betapa saya cinta dan sayangkan awak. Tapi saya tahu saya hanya sekadar pelepas nafsu bagi orang tak guna macam awak ni!"

"biadap! " pipiku kebas."dasar bini tak kenang budi! Kalau bukan kerana duit aku, kau merempatlah! Kalau bukan sebab aku, anak tu tak wujud pun dalam dunia ni! Kau fikir kau bagus sangat?"

"jangan sentuh mama!" byeol menolak kasar lelaki yang berada di hadapan aku. Lelaki itu jatuh terduduk. Byeol pantas menarik rambut lelaki itu sehingga menampar muka hodoh jijik lelaki tersebut.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now