40

48 15 6
                                    

Geum Byeol POV

aku berjalan kaki balik dari sekolah seperti biasa. di sekolah aku tidak mempunyai ramai kawan. yang ada pun tidak langsung nak rapat. hanya bertegur 'hai' sudah cukup. bagi kerja berkumpulan pula, aku selalunya yang akan diletakkan secara rawak oleh cikgu ke mana-mana kumpulan.

aku berjalan lebih laju kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan mang, kawan baik aku sekarang. sekarang, manglah yang sentiasa berada di hadapan pintu untuk menyambut kedatangan aku, yang bersama aku ketika mandi, dan yang menemani aku menyiapkan kerja-kerja sekolah yang selalunya aku tangguh.

aku menoleh ke arah punca bunyi yang paling aku tidak suka. buli, sepak, tumbuk, rintihan menahan sakit. aku berkerut melihat lima orang pelajar galak membuli seorang pelajar dari sekolah ini juga.

aku tidak pernah dibuli dan semestinya aku tidak mahu dibuli. tapi, kalau aku pantang kalau tengok manusia dibuli. namun, tidak pula aku nafikan bahawa sekiranya aku masuk capur dalam urusan budak tu, aku akan berada dalam bahaya. padahal semua manusia sama, tidak kira tua, muda, miskin, kaya. yang membezakan mereka adalah hormat antara satu sama lain.

"hoi! berhenti!" tengking aku, mendekati mereka.

"siapa kau?" tegur salah seorang dari mereka apabila yang lain sibuk tersengih.

tanpa menjawab, tepat sahaja tumbukan padu aku ke muka kurang kacak salah seorang dari mereka.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now