"saya tahu tuan serius tapi saya pun serius juga" namjoon seperti tekad membantu aku menyebabkan aku berang dengan sikapnya yang keras kepala.
"saya tahu apa yang terjadi pada tuan. berita sudah menjelaskan segalanya" dia menyambung, membuatkan aku semakin marah terhadapnya. aku sudahlah mahu menyelamatkan nyawanya daripada hilang nyawa tapi boleh pula dia menolak?
"kau jangan nak mengarut! TV? kau betul-betul percaya pada bullshit macam tu?!" aku menjerkah dia. macamlah dia tak tahu papanya sudah manipulasi berita-berita berkenaan semua kemalangan yang berlaku?
"saya tahu kuasa di atas dah manipulasi segalanya pada berita jadi saya perlukan penjelasan tuan. kalau saya terbalikkan maksud pemberita, sudah semestinya semua orang tahu bahawa kematian jimin bukan salah tuan!"
aku terkesima. bagaimana dia tahu tentang jimin? apa kaitan dirinya dengan jimin?
"tuan fikir saya tak kenal jimin? saya pernah bekerjasama dengan saya semasa saya membantu membangunkan syarikat presiden seokjin. orang yang mengajar dia sehingga ke tahap itu ialah saya. jangan kata tuan sudah lupa saya belajar forensic programming?" dia berkerut.
"aku.. lupa" aku tidak mampu nak menafikan kenyataan bahawa aku langsung terlupa tentang perkara itu.
"ada satu lagi perkara yang tuan tak tahu" dia membuatkan semakin tertanya-tanya.
"duit sejuta pound yang tuan bayar pada jimin, 40% daripada wang itu disalurkan kepada akaun bank saya. saya sudahpun diburu. hari ini merupakan hari pertama saya balik ke rumah selepas beberapa tahun" pernyataan namjoon membuatkan aku terduduk.
"saya juga tahu bahawa cik young shim sudah meninggal dunia. bukan sebab kanser yang dihidap olehnya tetapi kerana pendarahan teruk semasa kemalangan itu. saya juga memerhati perkembangan guem byeol. dia baik-baik sahaja. tapi, saya tak boleh berhadapan dengannya kerana tidak mahu dia turut menjadi target pembunuhan" namjoon mendekati aku kemudian menghulurkan tangannya.
"tuan, saya nak bantu tuan. saya yakin dengan bantuan saya, tuan akan berjaya. kematian jimin dan cik young shim, saya tidak mahu mensia-siakan permergian mereka" dia tersenyum kepadaku.
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY