Hoseok POV
"Eh, hai abang!" tegur satu suara. aku menoleh ke arah kiri, arah punca suara tersebut.
"Byeol ah!" aku mendepakan tanganku, isyarat mahu mendukungnya.
"Abang buat apa dekat sini?" soal Geum Byeol, setelah berada di dalam dakapan aku.
"Byeol ah, kenapa kacau orang ni?" wanita itu memandang ke arah anaknya namun tidak tertumpu kepada aku. Guem Byeol menyorokkan mukanya pada dada aku.
"Maafkan saya-- eh?" dia tersenyum, menahan tawa. "Awak buat apa dekat sini?" soalnya.
"Awak dan anak awak sama je. Saya nak buat apa lagi dekat pasar raya ni kalau bukan beli barang dapur?" balas aku, mencebik.
"Alah, manalah tahu abang nak beli rokok senyap-senyap dari Byeol?" Geum Byeol menekan pipiku menggunakan kedua-dua tangannya.
"Alahai, kan abang dah janji, janji kena tepati" balas aku mengelak.
"Abang tipu! abang ingat korea ni besar macam Rusia ke? Ingat dah tak boleh jumpa Byeol lagi ke? Sampai hati fikir macam tu pasal Byeol dengan mama! Bau baju abang pun Byeol dah tahu yang abang baru lepas merokok. Sampai hati abang tipu Byeol!" Guem Byeol memukul aku bertubi-tubi.
"Aduh, aduh, maafkan abang, Byeol" aku merintih. Walaupun bukannya sakit sangat, tetapi bila melihat air mata Geum Byeol hampir jatuh aku jadi serba salah.
"Mama! tengok abang! Dia tipu Byeol!" Geum Byeol mula merengek minta dilepaskan. akhirnya, dengan keterpaksaan aku melepaskannya daripada dukunganku. Terus sahaja dia berlari ke arah mamanya.
"Sudah, janganlah menangis" wanita itu melutut lalu mengelap wajah Geum Byeol yang sudah comot dibasahi hingus dan air mata. "Byeol ah" wanita itu mengusap perlahan belakang Byeol yang tersedu sedan itu.
"Maafkan saya" aku mendekati mereka dengan perasaan serba salah. aku kemudiannya melutut di hadapan mereka. "Maafkan abang, Byeol"

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY