MOTORSIKAL yang membawa Fatin dan Damia berhenti di parkir kawasan kampus yang dikhaskan buat pelajar. Fatin selaku penumpang turun terlebih dahulu lalu helmet yang melindungi kepala dicabut dan dihulurkan kepada Damia. Damia pula memeluk kedua-dua helmet untuk disimpan dalam lokar khas di pondok sekuriti.
"Kau tengok apa tu?" soal Damia apabila melihat kawan baiknya itu hanya berdiri statik. Haih, kena sampuk ke?
"Aku tengok dekat lobi kampus kita. Apahal ramai orang berkumpul dekat situ? Nak pergi tengok tak?" soal Fatin. Pergh, punyalah menyibuk hamba Allah yang seorang ini sampai pelajar berkumpul pun dia nak rasa musykil.
"Alahai, biasalah tu. Ini mesti tak lain tak bukan, pasal event-event yang ada artis tu lah. Ini mesti kelab muzik anjurkan. Tapi bukan dah biasa ke benda-benda macam tu dalam universiti kita ni? Minggu lepas Wani Hasnida datang. Minggu ni siapa pula?" berceloteh tak sudah, itulah Damia.
Fatin merenung wajah Damia seraya membalas, "Confident saje kau ni. Kelab muzik tu bukannya ada banyak duit nak jemput artis selalu. Dana pun tak cukup, jangan pernah terfikirlah nak jemput artis mahal-mahal."
Damia dan Fatin berjalan bersama-sama masuk kedalam bangunan kampus. Namun mata masih kekal fokus pada kumpulan pelajar yang masih berkumpul itu.
"Habis tu? Kau rasa apa dia?" soal Damia.
"Kalau nak tahu, kita berdua kena pergi sana." ajak Fatin. Semangat dah dia sambil menarik lengan Damia.
Damia berkeras dan membatu. "Eh, aku ada kelaslah. Ini pun dah lambat 15 minit. Kau pergi sajelah tengok apa yang diorang bisingkan tu. Nanti balik, kau roger-roger kat aku."
Fatin menganggukan kepalanya. Bukan main bertenang betullah si Damia ini. Relaks sahaja dia bagitahu yang dia dah lambat 15 minit. Ini kalau akulah, dah tak rupa manusia dah kalau nak kejar timing ke kelas. Serabai habis!
"Ada apa ni?" soal Fatin, menjungkitkan kening pada seorang pelajar yang turut berada disitu.
"Kelab kaunseling ada anjurkan hari menghargai satu sama lain!" kata Siti seraya tangannya laju sahaja menepuk kasar bahu Fatin. Terasa senget sebelah pula bahu dia.
"Oh, bukan ke benda tu memang dah ada dari tahun lepas? Apa yang seronok sangat ni?" soal Fatin, sarkastik.
Iyalah, mana taknya. Hari Menghargai yang dianjurkan oleh Kelab Kaunseling itu sudah wujud sejak tahun-tahun sebelum ini lagi. Namun, ianya tidaklah begitu mendapat sambutan sangat sebab ustazah-ustazah dalam universiti sering menegah. Katanya, zina.
Ada betulnya, kan? Tapi, itulah yang ramai budak-budak dalam universiti ini suka buat. Hari Menghargai adalah hari dimana semua pelajar boleh bagi hadiah pada pensyarah dan mana-mana pelajar sekalipun.
Senior, boleh. Junior pun sama.
"Tahun ni, kita ada pertemuan dengan senior-senior kita! Kita boleh jumpa dan request nak date dengan diorang." Siti memberitahu dengan begitu bersemangat.
"Apa jadahnya nak kena jumpa-jumpa pula? Ini bukan macam drama Korea yang kena jumpa kat kedai and date sesuka hati."
"Entah, tapi yang pasti.. ramai orang nak pergi. Iyalah, tahun depan kita intern. Balik dari intern, tak ramai dah senior dekat kampus ni. Semua dah grad. Jadi, inilah masanya nak cari jodoh. Kau join-lah sekali weh. Mana tahu, dapat jodoh best." Siti cuba untuk menghasut Fatin.
"Erm, tengoklah macam mana." balas Fatin. Ini kalau cerita dekat Damia ini, mahu telinga aku ini kena cuci dengan tarbiah sentap. Habis!
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...