45 | Tuntutan Balas

2 1 0
                                    

Amaran : Bab ini menggunakan perkataan yang kasar!

LOY baring atas bangku kayu yang lusuh dengan penuh rasa suka hati. Rokok yang dihisap, dilepaskan asapnya ke udara. Sambil itu, matanya sibuk melilau mencari kelibat Hana. Namun, gadis tidak kelihatan dimana-mana sejak dari pagi tadi lagi.

"Hana mana?" soal Loy pada Amirul.

"Tak tahu. Aku dah cuba telefon, tapi masuk voicemail." ujar Amirul sambil menunjukkan bukti yang dia ada menelefon Hana namun tidak berjawab.

"Perempuan ni memang tak nak proceed dengan rancangan dia ke apa?" getus Loy. Dia mula rasa aneh dengan sikap Hana. Gadis itu kerap menghilangkan diri dan banyak berdiam sahaja ketika mereka adakan perbincangan kumpulan tentang masalah mereka dengan Zahran.

"Mungkin dia tak tahu cara nak bergaduh dengan Zahran kut. Kau sajelah yang boleh gantikan tempat dia." kata Amirul. Dia turut melabuhkan punggung disebelah Loy.

"Apa-apalah. Si Zahran ni mana pula? Dia ingat aku tunggul ke nak tunggu dia lama-lama. Sibuk telefon, tapi nak jumpanya bukan main lambat. Saje nak cabar aku mamat ni." bebel Loy.

Amirul hanya menggeleng mendengar bebelan Loy itu. Matanya memerhatikan suasana sekeliling untuk mencari kelibat Hana atau Zahran. Dan yang datang tepat pada masanya cuma Zahran sahaja.

"Tu Zahran." kata Amirul.

Loy tersenyum nipis dan dia bangun dari baringannya, "My bro, Zahran! Hari tu kata nak keluar? Apa cerita masuk balik ni? Dah rindu atau kau ada benda yang nak kitorang selesaikan? Meh cerita dekat aku meh!"

Bahu Zahran dipeluk dengan erat namun ditepis Zahran. Dia tidak selesa dan seboleh-bolehnya, dia ingin menamatkan perbincangan dia dan Loy secepat mungkin. Lagi cepat, lagi bagus.

"Loy, apa kau dah buat dengan Nadhirah?" soal Zahran.

"Apa jadi dengan dia?" Loy berpura-pura bodoh.

"Janganlah buat-buat bodoh. Kau tahu apa kau dah buat kan? Kenapa kau buat macam tu? Kalau kau marah aku keluar dari kumpulan ni, aku dah janji nak bayar pampasan kan? Apa masalah kau ni?" marah Zahran.

"Bro, apa masalah kau ni? Kau ada bukti ke aku buat semua tu dekat Nadhirah? Kenapa kau marah aku beria melulu macam ni?" soal Loy.

Zahran tidak dapat menahan amarahnya yang semakin memuncak. Lalu, dia melayangkan satu penumbuk tepat ke pipi Loy. Terpelanting lelaki itu dibuatnya. Terduduk dan pantas Loy memegang pipinya yang terasa pijar.

"KAU JANGAN MAIN-MAINLAH! YANG KAU SENTUH TU WARIS MK TAU! SEKARANG NI, BAPAK DIA DAH SYAK AKU MACAM-MACAM! AKU DAHLAH TAK ADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN KAU DENGAN AKU TAK ADA KAITAN! KALAU POLIS TAHU, MASAKLAH KELUARGA AKU LOY!" marah Zahran.

Amirul yang ingin menyerang Zahran tadi terpaksa membatalkan niatnya apabila Loy mengangkat tangan agar Amirul berhenti. Terbantut terus langkahnya dan penumbuk yang hampir terbang ke pipi Zahran.

"Ah, kau risau pasal keluarga kau rupanya. Jadi, perempuan tu tak ada makna apa-apa lah. Zahran, aku mengaku yang aku terlibat sama dalam kes tu tapi... bukan aku yang kumpul orang untuk pergi belasah Nadhirah tau." kata Loy.

"Habis tu?" soal Zahran.

"Kau rasa siapa yang akan mengamuk kalau aku kata kau dengan Nadhirah tengah bercinta?"

"Hana..."

"Yep, betul! Pandai pun kau! Aku cuma kata yang aku tak puas hati kau keluar saje dari kumpulan kita. Tapi, aku tak suruh Hana pergi belasah Nadhirah. Dia yang buat keputusan sendiri untuk belasah perempuan MK tu." kata Loy, bangga.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now