58 | Ikhlas Dari Hati

2 1 0
                                    

SUDAH menjadi rutin untuk Zahran berpura-pura ke kelas pada setiap pagi dan akan pulang ke rumah pada sebelah petang seolah-olah kelas tamat. Semua rutin itu telah dipraktikkan selama hampir seminggu ini. Pada mulanya memang dia tidak dapat nafikan betapa susahnya hidup hendak bekerja tanpa bantuan daripada Nadhirah seperti sebelum ini. Namun begitu, dia harus biasakan diri kerana begitu banyak hutang yang perlu dia lunaskan pada Nadhirah.

Setelah beberapa jam berada diluar, Zahran jumpa juga dengan kertas berbentuk notis yang mengatakan kedai mereka sangat memerlukan pekerja, lebih-lebih lagi untuk posisi cashier. Begitu bersemangat sekali, Zahran berdesup masuk kedalam bangunan kedai runcit RM2 dan bertanya tentang office supervisor mereka.

Proses minta kerja yang berlangsung tidaklah begitu rumit. Zahran cuma masuk dan bertemu dengan supervisor kedai. Kemudian, dia menyatakan keinginannya untuk bekerja disitu dan kelayakan yang dia ada. Tanpa banyak proses yang berliku-liku, supervisor yang dikenali sebagai Kak Hani itu terus sahaja menyerahkan borang biodata kepada Zahran untuk diisi.

"Lepas kamu dah isi, terus saje hantar pada saya." kata Kak Hani. 

Zahran menganggukan kepalanya sebagai tanda dia memahami akan arahan Kak Hani selaku supervisor disitu. Setelah siap mengisi segala maklumat yang diperlukan, Zahran menyerahkan borang tersebut kepada Kak Hani.

"Agak-agak bila saya boleh masuk kerja ya?" soal Zahran. Kalau lagi cepat, lagi bagus. Dia pun tidak betah hendak berjalan-jalan tanpa hala tuju disekitar bandar ini. Buatnya terserempak dengan mak dan adik-adiknya, tidak ke haru.

"Kalau kamu nak masuk esok pun dah okey sangat dah. Kamu faham-faham sajelah. Kedai RM2 macam ni memang selalu penuh dengan pelanggan. Tapi, cashier pula tak cukup. Kaunter banyak, tapi yang kerjanya tak sampai tiga orang. Kritikal sangat sampai kami terima banyak complain dari pelanggan yang datang." ujar Kak Hani, meluahkan kerisauannya. Ramai sangat tidak berani ambil risiko untuk bekerja di kedai itu memandangkan kerja perlu laju bagi mengikut rentak pelanggan yang datang, kemudian berisiko tinggi untuk dapat short duit dalam kaunter. Habis kena potong gaji!

"Okey sangatlah macam tu, esok juga saya datang!" ujar Zahran, semangat.

"Kamu datang pakai baju hitam dulu. Lepas tu, kita akan buat ukuran untuk tempah baju kamu." jelas Kak Hani.

Zahran mengangguk laju, "Baik, baik! Terima kasih sebab terima saya bekerja disini. Esok saya datang."

Kemudian, Zahran meminta izin untuk keluar dari situ. 

"Okey, jom balik!" kata Zahran. Dia perlu cepat untuk sampai ke rumah. Sebab lagi satu rutin yang perlu dia lakukan adalah memeriksa post box rumahnya. Risau kalau surat gantung universiti itu sampai ke rumah dan mak sampai dulu. Memang menangis tidak berlagulah dia hendak menjelaskan kepada maknya.

Ketika Zahran hendak meneruskan perjalanannya pulang ke rumah, telefon Zahran tiba-tiba sahaja bergetar meminta untuk diangkat. Dengan pantas dia menjawab apabila melihat nama adiknya Zahirah sebagai pemanggil tersebut.

"Assalamualaikum, kenapa call-" belum sempat Zahran hendak bertanya, tiba-tiba dia mendengar adiknya menjerit.

"Waalaikumusalam, abang! ABANG CEPAT BALIK RUMAH!"

▪️▪️▪️▪️▪️

"Ambil yang ni."

"Saya pilih yang ni."

"Tolong bungkuskan yang ni."

Asyraf mengekori langkah Nadhirah yang berjalan laju melintasi setiap barangan perkakas rumah yang tersusun diatas rak. Asyraf yang turut datang dari latar belakang keluarga yang sederhana hanya mampu telan air liur apabila melihat bagaimana Nadhirah membelanjakan duitnya seperti sungai. Mengalir tanpa perlu melihat baki dalam aplikasi bank atasi talian!

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now