TAN Sri Iman membuka laman web yang diciptakan khas untuk para pelajar universiti tersebut, universiti yang menjadi tempat Shauqi menimba ilmu. Dia masukkan segala password dan nombor matrik kemudian ditekan butang enter.
Matanya tajam membaca setiap gred untuk semua mata pelajaran. Jarinya ligat menatal tetikus dan melihat nombor pada CGPA serta GPA yang tertera pada bawah senarai gred.
"Dua perpuluhan sembilan satu, huh?" bisik Tan Sri Iman. Dia menggenggam penumbuknya dengan erat. Sampai menggigil tangan dibuatnya.
"Apa fungsi aku ambil kau dari perempuan tak guna tu kalau kau pun sama tak berguna macam dia!" Tan Sri Iman mendengus kasar. Air liur yang terkumpul ditekak terasa kesat untuk ditelan. Rasa berpasir dan berbatu.
"Tan Sri, ada tetamu nak jumpa dengan Tan Sri." mesin operator itu berbunyi dengan suara setiausahanya yang memberitahu ada tetamu dihadapan.
"Saya rasa saya tak ada tetamu atau mesyuarat dalam pejabat hari ni, kan? Siapa tetamu tu? Penting ke?" soal Tan Sri Iman, sungguh dingin.
"Dia seorang pelajar, Tan Sri. Katanya, dia kenal dengan anak Tan Sri. Dia sama universiti agaknya dengan anak Tan Sri dan nak berbincang tentang biasiswa mungkin."
Tan Sri Iman memicit kepalanya perlahan seraya mengangguk dan membenarkan setiausahanya untuk biarkan 'kawan' anaknya itu masuk. Dia tidak tahulah apa lagi berita yang akan dia terima .
"Tak apa, benarkan saje dia masuk." ujar Tan Sri Iman. Dia tidak berganjak dari kerusinya dan kekal memakukan mata pada skrin komputer. Muka dingin seperti biasa ketika menerima tetamu.
Fatin melangkah masuk kedalam pejabat Tan Sri Iman dengan wajah yang berani tapi kaki bergetar-getar. Rasa macam tidak terpijak langsung atas tanah. Lagi menambahkan ketakutan dalam diri ini bila melihat reaksi Tan Sri Iman yang beku.
"Assalamualaikum, Tan Sri Iman. Saya Nur Fatin Adeena, pelajar-" belum sempat Fatin hendak memperkenalkan diri dan menjelaskan niatnya ke pejabat Tan Sri Iman, dia sudah dipotong secara drastik.
"Tak perlu panjang lebar. Saya kenal awak. Ada apa awak datang sini? Ada masalah ke dengan biasiwa?" soal Tan Sri Iman.
Fatin mendekati meja Tan Sri Iman seraya berkata, "Boleh saya duduk ke, Tan Sri? Rasa macam tak sopan pula datang dan berbincang secara berdiri macam ni."
Tan Sri Iman mengeluh berat dan sekadar membalas, "Suka hati awaklah nak duduk mana pun. Saya tak pernah jemput dan saya juga tak terima sebarang temujanji, itu pun dah menunjukkan awak memang dah tak beradab dengan saya."
"Terima kasih, Tan Sri." ujar Fatin dan duduk disalah satu sofa disitu.
"Saya nak minta maaf sebab mengganggu Tan Sri masa bekerja macam ini tapi saya memang ada perkara penting untuk dibincangkan dengan Tan Sri tentang Shauqi." jelas Fatin.
Tan Sri Iman berhenti menaip dan fokusnya kini terarah pada Fatin. Tajam sahaja mata dan telinganya apabila mendengar bait nama anaknya.
"Kalau awak datang sini hanya untuk menagih simpati saya untuk terima awak sebagai menantu keluarga ni, awak lupakan sajelah. Dah ramai perempuan buat perangai macam tu dalam pejabat saya ni. Saya menolak untuk layan kes-kes sampah macam ni." jelas Tan Sri Iman.
Fatin tersenyum nipis mendengar kata-kata Tan Sri Iman. Benarlah kata Damia, Tan Sri Iman memang senang berang jika hal yang berkaitan dengan anaknya. Itu bukanlah kerana dia ingin menjaga reputasi Shauqi. Tapi, lebih kepada ingin menjaga reputasinya sendiri. Sungguh pentingkan diri.
Kehadiran Fatin ke sini juga adalah untuk menceritakan kebenaran tentang Shauqi pada Tan Sri Iman. Dia tidak mahu menggunakan cara yang keji dengan membabitkan media. Tapi, dia akan menggunakan satu-satunya cara yang mampu menakutkan dan mencabar Shauqi. Biar Shauqi datang mencarinya untuk mengaku kalah.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...