36 | Belajarlah Untuk Tidak Membenci

4 1 0
                                    

DAMIA bersimpati dengan apa yang terjadi pada Fatin setelah diceritakan oleh Adi semalam. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa dengan keadaannya yang tidak begitu baik lagi. Sempat juga dia telefon untuk bertanyakan keadaan Fatin. Lain benar suaranya buatkan Damia bertambah bengang.

Adi berpesan kepada Damia untuk tidak terlalu risau dan fokus pada kesihatannya sahaja. Apa-apa perkembangan tentang masalah Fatin ini akan dia beritahu dari masa ke masa.

Pintu terbuka dan wajah papa serta mama tirinya muncul dibalik cahaya lampu dari laluan hospital itu. Damia tidak berdaya untuk marah-marah. Setiap kali dia marah, pasti otaknya ikut sama berdengung menghentak kepala.

"Ada apa datang sini?" soal Damia, sedikit merengus.

"Kitorang datang nak tengok kau." Afiqah tegas berkata. Dia meletakkan beg tangannya atas meja sisi hospital. Puan Azila yang berada disebelah mencuit lengan Afiqah untuk tidak membahasakan dirinya dengan kasar walaupun Damia adalah adik tiri.

"Tak ada siapa perlukan perhatian kau, balik sajelah." balas Damia, jengkel.

"Damia, janganlah macam tu. Kami semua datang memang ikhlas dan risaukan kamu. Lagipun, papa ada benda nak cakap ni. Penting." suara Tan Sri Naim sungguh tegas. Menandakan apa yang dia ingin katakan itu sangat penting.

"Papa nak cakap apa? Papa nak berpisah dengan isteri baru papa ni ke? Baguslah." balas Damia, dia baring dan menyelimuti dirinya. Dia sanggup membelakangi ahli keluarganya dan pejamkan mata.

"Eh, kitorang datang ni dengan cara baik tau. Kau jangan buat perangai budak-budak kau tu dekat sini. Orang tengah serius." Afiqah memarahi Damia yang semakin besar kepala. Kemudian, Afiqah memegang bahu Tan Sri Naim untuk memberi laluan kepada papa tirinya bercakap.

"Damia, papa tak nak bergaduh dengan kamu hari ni. Sebab, papa ingat nak minta doktor jalankan proses MRI pada kamu. Papa nak tengok tumor kamu untuk mudahkan proses pembedahan nanti." kata Tan Sri Naim.

Damia menoleh dengan pantas, kemudian kepalanya terus berdengung. Pantas dia memegang kepalanya dengan erat. Puan Azila pantas memegang tubuh Damia agar tidak terjatuh namun gadis itu pantas menepis.

"Pembedahan? Damia tak nak." kata Damia, berkeras.

"Kenapa tak nak pula? Damia, papa betul-betul nakkan kamu buat pembedahan supaya kamu cepat sihat." kata Tan Sri Naim. Gigih dirinya sebagai seorang ayah memujuk anak perempuan yang sungguh keras kepala.

"Papa, tumor dalam otak Damia ni dah merebak banyak dah. Banyak petanda Damia dah dapat. Sakit kepala, demam, hidung berdarah semua dah! Tapi, Damia boleh overcome benda ni dengan ubat. Kalau papa buat pembedahan tu, Damia berpotensi untuk matilah. Damia tak nak." balas Damia.

Tan Sri Naim tersentak bila Damia kata begitu, "Jadi, kamu tahu yang kamu sakit selama ni?" 

Soalan Tan Sri Naim dibiarkan berlalu pergi. Suasana dalam wad itu hening untuk seketika. Puan Azila yang berdiri di belakang suaminya, mengusap perlahan bahu Tan Sri Naim.

"T-Tahu." balas Damia.

"Kenapa kamu tak bagitahu papa?" soal Tan Sri Naim, speechless.

"Sebab papa sibuk nak kahwin dengan makcik tu. Bukan ada masa pun dengan Damia." kata Damia, merengus kasar.

Puan Azila yang mendengar terus rasa bersalah. Dia menarik lengan Afiqah untuk keluar dari situ bagi memberi ruang kepada dua anak beranak itu berbincang dan meluahkan perasaan.

"Kenapa kamu cari alasan tu? Kenapa kamu masih nak babitkan mama dalam segala hal. Papa tengah cakap pasal kamu. Kenapa kamu menipu?" soalnya, geram.

"Menipu? You call me a liar? Papa sendiri tahu mama meninggal dunia sebab apa, jadi sakit ni Damia dapat dari siapa? Mestilah Damia waris seterusnya untuk generasi keluarga mama. Papa yang tak ambil kisah." kata Damia.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now