17 | Konflik

3 1 0
                                    

PERPUSTAKAAN menjadi tempat untuk Zahran mencari bahan rujukan. Selesai sahaja kelasnya yang terletak tidak jauh dari bangunan perpustakaan, dia terus ke sini untuk mencari kawasan yang tenang. Kalau nak belajar, kenalah bertenang.

Lagipula, sudah beberapa hari berlalu namun Nadhirah tetap tidak berputus asa dari mencarinya. Mesej demi mesej, panggilan demi panggilan. Langsung tidak mahu jawab dan balas. Dengan keadaan mukanya yang masih belum reda selepas ditumbuk tempoh hari, dia memang tidak mahu bertemu dengan Nadhirah.

Bukannya dia ingin menjaga hati Nadhirah, cuma lebih kepada mengelak dari kemusykilan. Sesiapa sahaja pasti musykil melihatkan wajahnya yang lebam di merata tempat. Tidak kira lagi bibirnya yang pecah. 

Namun, ajaibnya Loy berbesar hati untuk melepaskan dia dari kumpulan itu. Walaupun musykil namun dia yakin kemarahan Loy reda setelah belasah dia separuh mati.

Kini, dia perlu fokus untuk minta duit dari Nadhirah. Tapi dengan keadaan wajahnya yang suspicious ini, bagaimana caranya untuk dia bertemu dengan gadis itu? Ah, susah betullah bila masalah begini jadi!

Zahran menepis segala gangguan yang hadir dan kembali fokus pada tugasannya. Kemudian, secara tiba-tiba seseorang hadir melabuhkan punggung dihadapannya. Buku-buku yang tinggi menggunung diletakkan diatas meja.

"Haish, tak nampak ke ada orang lain duduk dekat sini?" soal Zahran. Dia mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang duduk dihadapannya ini. Namun, gadis itu menyembunyikan wajahnya disebalik timbunan buku-buku tebal. 

"Saya nampak awak seorang saje yang duduk dekat sini. Tak salah rasanya kalau saya nak join sekali." kata gadis itu selamba. Disebalik timbunan buku- buku itu, Zahran dapat lihat gadis itu sedang membuka komputer ribanya. Sudah tentu untuk membuat tugasan juga.

Mata Zahran meliar memerhatikan tempat duduk didalam perpustakaan itu. Tahap geramnya bertambah tinggi apabila mendapati banyak lagi kerusi dan meja yang masih kosong untuk gadis tidak tahu malu itu duduk. 

"Heh, aku nak duduk sorang-sorang. Apa masalah kau tak faham bahasa ni?" soal Zahran. Kalau ikutkan hatinya, memang dia akan tinggikan suara untuk halau gadis ini pergi. Apakan daya, keadaan tempat pula tidak mengizinkan. Habis nanti jadi publisiti murahan pula kalau dia buat kecoh.

"Awak tanya masalah saya? Apa masalah awak pula?" soal gadis itu secara tiba-tiba.

Zahran tersenyum sinis mendengar persoalan gadis itu. Lain yang Zahran tanya, lain pula yang dia balas. "Masalah aku kaulah."

"Samalah, masalah saya pun sebab awaklah." balas gadis itu lagi.

Zahran benci untuk menghadap seseorang yang loyar buruk ini dan tangannya pantas sahaja mengemaskan segala peralatannya. Buku serta komputer ribaa disimpan kembali kedalam beg dengan kasar. Kesal betul dia dengan sikap gadis yang tidak mahu mengalah dan gemar membuat lawak bodoh ini. Banyak lagi benda yang dia harus fikirkan, ish!

"Lantak kaulah." balas Zahran. Dia bangkit dari kerusinya dan sudah berura-ura untuk pergi.

"Zahran, kenapa awak lari dari saya?" soal gadis itu.

'Nadhirah ke?' bisik Zahran.

Mendengarkan sahaja suara yang memanggil namanya itu, langkah kaki Zahran terhenti untuk seketika. Tubuhnya dipalingkan ke belakang untuk memastikan telahannya tepat. Buku-buku yang masih menghalang wajah si misteri itu dialihkan satu persatu keatas meja.

Seperti yang dia jangka, gadis itu memang Nadhirah.

"Awak- buat apa dekat sini?" Zahran terpana. Rancangan melarikan diri akhirnya gagal juga setelah hampir dua minggu dia menyembunyikan diri dari pandangan mata Nadhirah.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now