LANGKAH kaki Fatin dipercepatkan menuju ke 7 Eleven. Mujurlah kelasnya hari ini cuma sampai pukul tiga petang sahaja. Kemudian, dia bergegas menuju ke tempat kerjanya yang berada di luar kampus. Kalau nak bekerja di restoran, dia risau kalau dia tak ada masa nak belek buku dan ulangkaji. Kalau kerja 7E ini, sambil jaga kaunter, dapat juga dia fokus baca buku dan siapkan assignments.
"Hah, datang pun kau Fatin. Lama akak tunggu kau dekat sini tau." keluh Nina. Dia menapak keluar dari kawasan kaunter.
"Sorry-lah kak. Fatin baru habis kelas tadi. Alahai, lambat seminit dua. Takpe kut." usik Fatin. Sengaja nak meredakan suasana walaupun dia nampak wajah Nina yang merah padam.
"Okey, okey. Sorry lambat. Akak baliklah. Nanti syif malam akak, bagi Fatin saje. Takyah tukar syif pun tak apa." Fatin menawarkan dengan hati yang tak ikhlas. Nak buat macam mana lagi. Memang itu sahaja caranya agar Nina tak memarahi dia.
"Macam tulah. Itu yang aku nak dengar. Dahlah, aku gerak dulu. Kau jangan lupa pula nak isi stok semua makanan. Pastikan jangan ada short dan jangan lupa sapu lantai ni sebelum balik." ujar Nina.
Fatin menganggukan kepalanya memahami arahan yang diberikan sepatah-sepatah oleh Nina. Langkah staf senior itu dihantar melalui ekor mata dan Fatin kembali menyambung kerja yang telah ditugaskan kepadanya.
Sementara tiada pelanggan datang, Fatin membuat keputusan untuk membersihkan seluruh kedai. Setiap ceruk rak makanan disapunya agar hilang debu-debu degil yang bertandang. Kemudian, dia mencapai kain buruk serta sabun untuk mengelap tingkap yang nampak kesan habuk melekat dengan air dari penghawa dingin.
Untuk seketika dia mengeluh, apa sahajalah yang Nina buat sepanjang dia berada di kedai dari pagi? Setahu Fatin, pelanggan jarang bertandang setiap kali pagi. 7 Eleven biasanya meriah pada waktu petang dan malam. Sungguhlah staf senior itu menyusahkan dia.
Jam berjenama Fossil yang dihadiahi oleh neneknya ditilik. Waktu tepat menunjukkan jam 3 : 30 minit petang. Haih, lambatnya masa hendak berlalu pergi.
Bercakap tentang jam, Damia dah berjanji untuk bertemu dengannya disini. Katanya hendak beritahu sesuatu. Nampak macam urgent sangat tapi diri sendiri tak tepati masa. Bertuah betullah si Damia ini.
'Apa saje yang kau harapkan dari bestie kau yang paling bertuah tu, Fatin. Dia tu dari awal sem mana pernah punctual. Hantar assignment pun last minute.' bisik Fatin seraya bibir mengoyakkan senyuman nipis.
Kring Kring!
Bunyi loceng dari pintu masuk kedai mematikan lamunan jauh Fatin. Bergegas dia menyimpan segala peralatan untuk membersih sebelum mendapatkan kaunter bayaran.
"Selamat datang ke 7 Eleven!"
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Kayu tebal yang berada dihadapan mata menjadi sasaran untuk Damia. Matanya begitu tajam dan fokus pada satu-satu target. Apabila dia sudah bersedia dengan kuda-kuda dan kekuatan pada kakinya, dia melayangkan kakinya sehingga berjaya membuatkan kayu tebal tadi terbelah dua.
"HAIP!"
Meskipun kayu tadi berjaya Damia patahkan namun bila tiba masa untuk dia landing ke lantai mesti tak berjaya. Kerap sangat dia hilang keseimbangan badan. Akhirnya, tangan yang mencium lantai dulu.
"Salah landing lagi, Damia." tegur Encik Hanafi selaku jurulatih sukan taekwondo di universiti itu.
"Maaf, sir." ucap Damia. Dia bangkit sambil mengibas sedikit belakang bajunya yang berdebu.
"Kamu okey ke? Atau kamu ada masalah yag kamu tak nak cerita pada saya?"
"Kenapa sir cakap macam tu? Saya okey sajelah. Mungkin sebab banyak assignments kut, buat saya penat. Lagipun, dah seminggu saya tak cukup tidur. Mungkin sebab itulah kut." ujar Damia. Dia membetulkan pinggangnya yang terasa sakit, macam tergeliat pun ada juga. Sakit betul.
"Saya faham yang kamu nak jadi pelajar cemerlang juga, tapi jangan lupa yang kamu tu pun atlet. Ada games yang kamu kena sertai. Kalau kamu terus bagi prestasi macam ni, saya takut kalau Encik Zaim buka peluang pada atlet lain untuk ganti tempat kamu ni." jelas Encik Hanafi.
Damia tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Dia hanya membalas dengan seyuman nipis. Dia melabuhkan punggung pada kerusi yang berdekatan disitu dan mencapai botol air dalam beg sandangnya.
"Sir pun tahu yang saya takkan semudah tu nak bagi orang lain rebut tempat saya. Saya ni puteri taekwondo kut. Cubalah lawan saya dulu sebelum rembat tempat saya." balas Damia.
Encik Hanafi terus membalas, "Semangat macam ni dah ada dah. Skil diri tu kena tingkatkan lagi. Kalau kamu nak terus jadi puteri taekwondo, pastikan kamu rebut hati raja taekwondo tu."
Damia tidak membalas, namun matanya laju sahaja menatap gambar barisan pihak atasan dan jurulatih-jurulatih taekwondo yang tergantung pada dinding pusat latihan itu. Kemudian, dia bangkit dari tempat duduk.
"Kamu nak pergi mana tu? Latihan kamu tak habis lagi!" panggil Encik Hanafi.
"Saya balik dululah, sir. Tak ada mood nak berlatih lepas pandang atuk taekwondo tu." ejek Damia sambil jari telunjuk laju menunjukkan gambar yang tergantung pada dinding itu.
"Atuk taek- Haish, budak ni! Ada pula cakap macam tu? Damia!" panggilan Encik Hanafi itu hanya dibiarkan sepi. Dia terus sahaja melangkah pergi dari pusat latihan untuk atlet-atlet universiti itu.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Jam pada tangan ditilik lama oleh Nadhirah. Sepatutnya kelas Ekonomi pada petang itu sudah tamat tepat jam 3:30 petang. Namun, pensyarah yang seorang ini masih rajin hendak memberi ilmu pada pelajarnya.
Bagus!
"Saya akan berikan senarai soalan ekonomi kepada ketua kumpulan dan pastikan semuanya siap dimasukkan dalam satu fail." jelas Madam Azirah sambil matanya fokus memerhatikan para pelajarnya.
"Faham, madam!" sambut semua pelajar.
"Pastikan dalam hardcopy. Jangan meniru ya. Saya dapat tahu ada yang meniru, saya potong markah tanpa belas kasihan." ugut Madam Azirah.
"Alaaa!"
Ketika semua sibuk menunjukkan protes pada pensyarah muda itu, Nadhirah pula sibuk menatap skrin telefon bimbitnya yang sejak tadi tidak berhenti bergetar.
Bukan kerana ada yang rajin menelefon. Semuanya kerana, kekasih hati yang sibuk mencari dia siang dan malam tanpa henti. Nak kata sayang, jauh sekali. Lebih kepada menganggap Nadhirah sebagai sebuah mesin ATM bergerak.
"Uit." sapa Aisyah.
"Kenapa?" sahut Nadhirah.
"Aku nak tanya kau, kau nak ambil soalan yang mana? Aku rasa better kita pilih soalan sekarang, balik nanti boleh siapkan terus and compile." jelas Aisyah.
Ah, assignment tu. Entah bagaimana dia boleh terlupa tentang perkara yang paling penting.
Mustahillah dia boleh lupa. Kalau nak tahu, bab pemilihan soalan dalam assignment-lah yang paling semua orang tunggu. Bukan sebab nak jawab sangat pun. Tapi lebih kepada tak nak jawab soalan yang susah. Kalau tertinggal ke belakang, alamatnya jadi bebanlah nanti.
"Erm, korang pilihlah dulu. Aku ambil saje mana-mana. Nanti korang bagitahu dalam Whatsapp eh? Aku gerak dulu." pinta Nadhirah.
"Kau nak pergi mana weh?"
"Aku.. ada hal sikit." balas Nadhirah seraya kakinya laju meninggalkan dewan kuliah.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficção GeralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...