FATIN mencapai beberapa biji buah untuk dibawa sebagai buah tangan buat Damia. Dalam troli itu juga penuh dengan beberapa snek dan makanan ringan untuk Damia telan. Semalam masa Damia telefon dia, beria-ria gadis itu suruh bawa makanan sedap-sedap sebab tak ada selera nak makanan. Propa betul makcik seorang itu. Walhal, macam Fatin tidak tahu mama tiri dia bawa makanan bukan main sedap lagi. Dia sahaja kerek tahap langit ketujuh!
"Aku ambil ni!" kata Adi seraya meletakkan bekas yang berisi bermacam jenis sushi kedalam troli. Siap ada pakej dengan okonomiyaki (Japanese pancake) dan sushi segitiga atau orang selalu sebut onigiri!
"Wah, sedap! Pandai kau pilih." puji Fatin.
Setelah berada di bahagian roti-roti dan buah-buahan, mereka berdua pergi mendapatkan nenek Fatin yang masih berada di bahagian makanan bertin untuk beli apa yang boleh dimasak dengan pantas. Tidaklah cucu-cucunya itu berlapar sahaja. Sudahlah kurus, nanti tinggal tulang pula.
"Erm nenek ada nak beli apa-apa lagi ke?" soal Fatin.
Nenek mencapai beberapa tin cendawan butang dan sup cendawan segera kemudian dimasukkan kedalam troli. Nenek meneliti apa yang ingin dia ambil sebelum membuat keputusan untuk tidak membeli apa-apa sebab rasanya, semua dah lengkap. Troli mereka pun dah penuh. Macam nak pergi berniaga pun ada juga.
"Tak ada dah. Bolehlah kita balik sekarang." kata nenek.
Fatin yang masih statik di kedudukannya itu sebenarnya sedang mencari bahagian mi segera untuk mencari pek ramen yang pedas. Masih dia ingat bagaimana dia dan Shauqi selalu sangat mencabar diri masing-masing untuk makan sesuatu yang pedas. Fatin suka mencabar Shauqi dan lelaki itu pula pantang dicabar.
Adi melihat wajah Fatin yang termenung itu, "Kau nak beli apa lagi?"
"Erm, aku rasa aku ada benda lagi nak belilah. Satu saje lagi. Kau pergilah dekat kaunter dulu, pergi ambil tempat dalam barisan." arah Fatin. Dari jauh, dia dapat lihat bagaimana barisan untuk membayar harga makanan begitu panjang sampai melepasi garisan yang sepatutnya. Kalau lambat, memang tidak terbayar langsung rasanya.
"Oh, okey. Aku tunggu dekat sana dengan nenek." kata Adi.
Fatin berlari laju kearah kawasan yang menempatkan makanan ringan serta pelbagai jenis mi segera. Kemudian, sebuah pek mi segera yang berperisa spaghetti carbonara dicapai dari rak. Kemudian, dia mencapai telefon yang berada dalam beg tangan untuk menelefon Shauqi. Dia nak tanya kalau Shauqi boleh makan tahap kepedasan yang bagaimana. Kalau tahap kepedasan yang dia boleh makan rendah, dia bolehlah ambil perisa yang kurang pedas.
Nanti, dapat apendiks pula anak orang itu.
Nombor Shauqi didail.
Malangnya, panggilan itu tidak berbalas meskipun ia berada diatas talian. Fatin cuba untuk bersangka baik, mungkin Shauqi sedang sibuk di hujung minggu atau dia ada latihan di kampus. Kemudian, Fatin cuba untuk mendail nombor Shauqi sekali lagi.
Hasilnya tetap sama meski hampir enam kali dia cuba mendail nombor jejaka itu. Dia perasan juga, semenjak apa yang terjadi ketika di dewan hari itu... Shauqi jarang hendak menelefon dia. Hantar mesej pun semuanya pendek-pendek sahaja.
Awak sibuk ke? Nak keluar tak? Saya nak cakap pasal hari tu.
- FatinHa'ah, saya sibuk.
- ShauqiSejak dari hari itu, layanan Shauqi pun berubah hampir 360 darjah. Namun, Fatin tetap Fatin. Bersangka baik dan tidak menuduh kekasihnya secara melulu. Dia adalah pelajar undang-undang. Malulah kalau orang tahu dia pelajar undang-undang tapi tidak tahu nak menyiasat seseorang tanpa bukti dan mengikut prosedur. Semuanya ada protokol. Protokol itu yang menunjukkan kredibilitinya.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiction généraleTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...