"BAIKLAH, seterusnya.. kita akan fokus pada topik assault in trespass to person. Topik ini ada dalam bab utama kita iaitu law of tort along with battery and false imprisonment. Saya yakin, ketika awak semua masih dalam peringkat asasi, kamu semua dah didedahkan dengan topik pencerobohan terhadap orang." ujar pensyarah.
Fatin menganggukan kepalanya, "Ingat, prof."
"Okey, boleh sorang bagitahu saya sedikit tentang latar belakang trespass to person? Sorang saje." kata pensyarah itu.
Fatin mengangkat tangannya untuk menjawab. Dia suka buat begitu bukan kerana dia ingin menunjuk-nunjuk yang dia pandai. Tapi, lebih kepada dia nak mengelak dari rasa mengantuk. Dia manusia biasa, mengantuk memang selalu ada.
"Assault adalah perbuatan yang disengajakan oleh defendan yang menyebabkan plaintif berasa was-was terhadap kuasa keatas dirinya. Biasanya assault ni boleh disahkan melalui empat elemen iaitu dari niat defendan, kesan kepada mental plaintif, kebolehan defendan untuk melakukan apa-apa saje (seperti ugutan) dan kebolehan defendan untuk mencederakan plaintif." jelas Fatin.
Pensyarah senyum dan mengangguk pantas, "Bagus, Fatin. That is what I want from a future lawyer like all of you in front of me. No need to look at your book, because the law is always inside a lawyer. Kalau nak serang orang pun, tak perlu menggelabah tengok buku. Just state the law in front of their faces bravely."
"Tapi prof, kalau tak cukup satu elemen, boleh ke ia diklasifikasikan sebagai assault juga? Ke tak valid?" soal salah seorang pelajar.
"Soalan yang bagus! Jawapannya, boleh! Sebab assault adalah perbuatan jenayah berniat. Dia ada niat tapi tak menggunakan physical contact. Tetapi, jika pyshical contact terlibat... ia dipanggil battery. Tapi, itu topik lain. Nanti kita bincang yang tu. Hari ini, kita nak bahas tentang assault."
Fatin termenung memandang slaid pensyarahnya. Fikiran dia melayang memikirkan Shauqi. Adakah perbuatan lelaki itu telah menyebabkan assault padanya?
Shauqi curang. Tapi, apa yang membuatkan Damia beria ingin membantu dia dengan menggunakan pita suara Azam sebagai senjata? Shauqi cuma curang. Tiada niat lai-
"Aku maafkan sebab aku tau dia tak ada niat apa-apa. Semuanya datang dari Airil. Tapi, walaupun dia tak ada intention untuk jatuhkan aku... dia ada intention untuk jatuhkan kau. Sebab tu, aku yang take over masalah ni."
Fatin tersentak apabila dia teringat akan perbualannya dengan Damia. Intention. Everything in crime needs intention. Intention is essential.
Jadi, Damia tahu yang Shauqi bukan curang dengan sengaja? Tapi curang berniat yang ada maksud sendiri!
▪️▪️▪️▪️▪️
Fatin merenung gambar yang diambil ketika majlis penyerahan sijil biasiswa itu. Matanya tidak lepas dari merenung wajah Tan Sri Iman yang sedang tersenyum sambil memandang kamera. Lama dia memandang gambar tanpa berkutik. Penat dia menyelongkar dalam galeri telefonnya demi gambar lama itu. Dapat biasiswa, kan? Mana boleh tak ambil gambar untuk kenangan.
"Sampai bilalah kau nak pandang gambar tu? Lenguh mata aku tengok kau tau." omel Adi.
"Kalau macam tu, janganlah pandang aku. Pandanglah tempat lain. Rumput ke, tong sampah ke." kata Fatin.
"Buat apa pandang semua tu, kalau boleh pandang awak yang cantik." usik Adi.
"Aww, so sweet...lah sangat! Kau boleh buang ayat gatal kau tu jauh-jauh." kata Fatin.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Narrativa generaleTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...