77 | Langgar Lari

7 2 0
                                    

"CAKAP pada keluarga yang memerlukan jantung tu yang kita sendiri akan offer diorang jantung tu. Tak perlu bayar apa-apa, kita sendiri sponsor."

Arahan dari Tan Sri Iman bagaikan digam kukuh dalam kepala Encik Khalid. Dia yang menerima arahan itu kini sedang berada di Institut Jantung Negara untuk menguruskan hal pemindahan hak jantung bateri dari nenek Fatin kepada bakal pemilik jantung yang tidak diketahuinya. Dia hanya mengikut arahan dan sememangnya tidak tahu akan masalah Tan Sri Iman dengan Fatin.

Tan Sri Iman sudah mengarahkan dirinya untuk menyelidik keluarga pesakit yang memerlukan jantung di institut tersebut. Setelah pulun beberapa hari mencari, dia menemui salah satu keluarga yang benar-benar miskin dan perlukan jantung untuk ayah mereka yang semakin hari, semakin tenat.

Encik Khalid menceritakan apa yang Tan Sri Iman kata padanya kepada keluarga tersebut. Mereka berkali-kali mengucapkan syukur kepada Encik Khalid dan individu yang mereka tidak kenali yang sudi untuk membantu. Walaupun sebenarnya individu tersebut mempunyai niat jahat sendiri.

Setelah meminta maklumat pesakit baru tersebut, Encik Khalid berjumpa dengan doktor yang bertanggungjawab untuk menjaga nenek Fatin dan menceritakan semuanya kepada doktor tersebut. Bagaimana dia selaku ahli keluarga kepada lelaki yang dikenali sebagai Encik Tahir itu memerlukan jantung tersebut dan sanggup membayar jumlah wang yang tinggi kepada doktor tersebut beserta tip.

Pada awalnya doktor tersebut mengatakan bahawa nenek Fatin terlebih dahulu mendapat jantung tersebut dan akan dibedah tidak lama lagi. Encik Khalid beria memujuk dan berjanji akan bayar dua kali ganda daripada bayaran asal.

Manusia tetap manusia. Hidup di zaman yang memerlukan duit ini semestinya membuatkan ego doktor itu runtuh seruntuhnya. Dia menerima bayaran dari Encik Khalid (Tan Sri Iman) dan bersetuju untuk memindahkan nama dari nenek Fatin kepada Encik Tahir.

Begitu sahaja, masalah diselesaikan menggunakan duit.

▪️▪️▪️▪️▪️

Kereta Mercedes Benz berwarna hitam terparkir dihadapan pondok polis, menanti ketibaan seseorang. Lama Nadhirah memerhatikan telefonnya, takut jika individu yang dia nantikan ada menelefon. Tapi, hampa. Lalu, Nadhirah hanya bersandar pada kerusi pemandu sambil mata gigih memerhatikan wajah para pelajar yang keluar dan masuk dari kawasan kampus.

Sehinggalah dia ternampak kelibat Zahran bersama beg galasnya keluar melepasi pagar tersebut.

"Zahran!" panggil Nadhirah. Laju sahaja dia melangkah keluar dari perut kereta dan mengejar Zahran yang sebenarnya tidak berganjak dari kawasan dia berdiri. Hanya statik sambil memandang wajah Nadhirah.

"Kenapa?" soal Zahran, menjungkitkan keningnya.

"Kau nak pergi kerja ke?" soal Nadhirah.

Zahran mengangguk lambat, "Yelah, macam biasa. Kenapa kau tanya ni?"

Nadhirah menunjukkan keretanya, "TADA!"

"Kau nak riak dengan kereta mahal kau tu ke? Aku tahulah aku tak ada, so you don't have to." kata Zahran.

"Bukan! Aku nak ajak kau naik kereta tu." kata Nadhirah.

"Dengan kau yang memandu? No, thank you very much." Zahran ingin berpaling dan sambung berjalan.

Nadhirah menjulingkan matanya keatas sambil menunjukkan kunci kereta dihadapan mata Zahran seraya berkata, "Aku takkan memandu. Tapi, kau yang aku pandu kereta aku. Hari ni aku nak rehat saje sambil tengok kau memandu. Boleh?"

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now