DALAM kelas yang sama setiap kali subjek Risk Management and Sports Law, tetapi Airil sentiasa melarikan diri secepat yang mungkin dari Damia. Dia selalu datang ke kelas sepuluh minit awal dari masa yang ditetapkan. Lain pula dengan Damia, memang dia akan sentiasa datang awal memandangkan dia ada komander dia sendiri iaitu Fatin yang sentiasa mengikut peraturan untuk datang ke kelas tiga puluh minit awal. Natijahnya untuk Airil, dia akan sentiasa dapat kerusi paling belakang dalam dewan kuliah dan kerana itu jugalah dia perlu berlari setiap kali tamat sahaja waktu untuk subjek itu.
Airil tidak tahu sama ada Damia sudah pulih ataupun belum dari penyakit short term memory loss itu. Jadinya, dia perlu sentiasa melarikan diri lagi, lagi dan lagi demi mengelakkan Damia ingat dirinya.
Tidak perlulah Damia bersoal-jawab dengannya tentang pertandingan mereka yang semakin hampir. Harapan Airil, semoga Tan Sri Naim sudah beritahu Damia tentang perbincangan mereka dulu.
Semoga Damia tidak terkejut dan memberontak.
BUK!
Serentak dengan itu, Airil dikejutkan dengan bunyi hentakan buku yang datang dari meja sebelahnya. Laju sahaja kepala Airil memandang gerangan yang berani-beraninya buat hal dalam dewan itu. Nasib baik pensyarah belum masuk lagi.
"Kau apahal duduk sini ni?" soal Airil kepada Damia yang elok sahaja buat muka paling selamba. Sebelum melabuhkan punggung dikerusi sebelah Airil.
"Apahal tak boleh ke? Memang ada muka kau pun dekat kerusi ni, kan?" sindir Damia.
Airil terkejut, 'Dia dah ingat ke?'
Damia yang perasan akan mata Airil yang tidak lepas dari memandang wajahnya terus sahaja bersuara, "Kau ingat kalau kau datang lambat, aku datang awal... bolehlah kau duduk paling belakang dan jauh dari aku? Lepas tu, kau lari laju-laju sebab tak nak jumpa aku, kan? Kau ingat aku bendul sangat tak tahu? Kau jangan fikir yang kau boleh lepas dari perjanjian kita, eh?"
Airil hanya menjeling Damia. Cis, kantoi pula plan dia!
"Kau dah ingat pula?" soal Airil.
Mereka berdua boleh berbual lama sedikit apabila pensyarah masih belum memunculkan diri.
Damia memandang wajah Airil, "Aku hilang ingatan jangka pendek. Bukan lama."
Annoying. Itulah apa yang dapat Airil definisikan perangai Damia ketika ini. Apa sahaja yang dia tanya, pasti ada terselit jawapan menjengkelkan dan menyakitkan hati. Kalau si Damia ini lelaki dan bermulut becok, memang lama hilang rambut dia. Habis Airil gondolkan.
Damia diam sebelum menjawab, "Fatin ada cakap apa-apa ke dengan kau?"
"Dia kata kau masuk wad sebab sakit kepala saje." tipu Airil.
Damia menganggukan kepalanya laju, "Betullah tu."
Airil tidak menjawab apa-apa. Hanya diam sahaja dapat menyembunyikan penipuannya ketika ini. Penipuan yang dia sudah tahu penyakit Damia serta perjanjian diantara dia dan papa Damia.
"Kau sakit apa sebenarnya?" uji Airil.
"Aku mana ada sakit." Damia menipu lagi.
"Dah tu, kenapa berkali-kali keluar dan masuk hospital?" soal Airil pula.
Damia berkerut kening mendengar soalan Airil itu, "Kau jangan cakap yang kau caring pula dengan aku eh? Aku tak nak caringness kau tu. Geli."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...