Amaran : Bab ini menggunakan perkataan yang kasar!
ZAHRAN berniat untuk berjumpa dengan Nadhirah semenjak gadis itu sedarkan diri. Lama sudah rasanya dia tidak melawat untuk memberi ruang pada Nadhirah. Hatinya sakit melihat Nadhirah yang tidak berdaya itu terbaring dan tidak mengingati insiden yang baru sahaja berlaku.
Tangan Zahran yang memegang tombol itu terhenti apabila melihat tiada sesiapa didalam.
"Nadhirah dah discharged ke?" bisik Zahran. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang tersimpan dalam poket. Dia mencari nombor Nadhirah dan berniat untuk menelefon gadis itu. Namun, jarinya terhenti. Dia tahu yang Nadhirah tidak akan menjawab. Gadis itu nampak sungguh clueless ketika melihat wajah Zahran.
"Ah, kalau kau telefon dia mesti Tan Sri akan halang kau jumpa dia. Kalau dekat hospital, dia mungkin tak boleh nak buat apa-apa. Kalau dekat rumah, sampai bila-bilalah kau tak boleh jumpa." keluh Zahran.
Lalu, untuk mendapatkan kepastian itu... Zahran membawa dirinya ke kaunter untuk bertanyakan tentang Nadhirah.
"Assalamualaikum, nurse. Tumpang tanya, pesakit nama Nadhirah Tan Sri Hasif dah discharged ke?" soal Zahran.
"Waalaikumusalam. Biar saya periksa dulu ya." kata jururawat itu. Dia memeriksa senarai nama yang keluar dari hospital seawal pagi tadi.
"Erm, pesakit nama Nadhirah dah keluar pagi tadi." ujar jururawat itu lagi.
Zahran menganggukan kepalanya, "Oh, okeylah. Terima kasih, nurse."
Jururawat tadi membalas dengan senyuman manis dan menghantar Zahran keluar dari ruang ICU itu dengan pandangan mata sahaja. Sementara itu, Zahran bertindak untuk pulang sahaja ke asramanya. Kalau dia terus ke rumah Nadhirah, dia tahu perkara tidak akan menjadi semudah yang dia harapkan.
Kisah mereka ibarat Romeo dan Juliet. Terpisah kerana kasta keluarga. Siapalah dia nak menyukai gadis seperti Nadhirah. Ibarat langit dan bumi sahaja melihat mereka berdua. Nadhirah adalah pewaris MK Group, Zahran sekadar lelaki biasa yang terlibat dengan gangsterism untuk selesaikan masalah adiknya. Dari awal lagi, keputusannya untuk dekati Nadhirah adalah satu keputusan yang salah.
Sangat salah!
Kalau Tan Sri Hasif tahu, dia terlibat dengan The Nameless. Dia yakin, MK Group akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan keadilan Nadhirah. Dia yakin.
Zahran bermain dengan monolog hatinya sendiri sepanjang perjalanan pulang ke asrama. Banyak sangat perkara berlaku akhir-akhir ini yang membuatkan dia semakin hilang fokus. Dia nak jauhkan diri dari The Nameless untuk fokus pada peperiksaan. Sekarang, peperiksaan pun entah kemana bila situasi jadi kucar-kacir.
Kadang-kala, dia terfikir juga sama ada apa yang terjadi ini adalah satu kifarah untuknya. Pentingkan diri demi kemahuan diri sendiri, kemudian orang lain jadi mangsa. Seperti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Sesuai sangatlah dengan dia.
Sekarang, nak selesaikan masalah pun dia tidak tahu hendak mulakan dari mana. Nak cerita pada ibu, takut ibu risau pula. Nak cerita pada polis, nanti dia bersangkut-paut dengan kes Nadhirah. Nak merayu pada The Nameless, dia risau kalau niatnya dimanipulasikan.
Segala-galanya terlalu sukar. Dia nanar dan galau. Serabut sungguh!
Akhirnya, Zahran tiba juga dikawasan asrama. Kaki dipaksa untuk naik ke bilik. Kemudian, dia rebahkan dirinya keatas katil.
Kting! Telefon berbunyi menandakan ada notifikasi yang masuk.
Weh, aku dengan Iman ada hal dekat luar. Jangan cari pula. Nanti kitorang balik.
- Zaim
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Genel KurguTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...