23 | The Daughters' First Love

3 1 0
                                    

TAN Sri Naim menggenggam tangannya dengan erat untuk meredakan hati yang gundah-gulana. Dia sedang sibuk menguruskan pembinaan institusi baru yang diuruskan dibawah kerjasama antara syarikat MK Construction dan MK Foundation. Jadi, dia memang tidak fokus akan hal lain melainkan kerjanya. Namun, lain pula cerita dengan anak perempuannya iaitu Damia.

Jika Damia akhirnya terbuka hati untuk menelefon dia dan bertanya khabar, itu adalah berita paling baik yang dia terima. Namun begitu, hampa rasanya bila keinginan Tan Sri Naim itu tiada walau satu pun yang termakbul. Malah, Damia semakin menjauh darinya hari demi hari.

Pernah suatu ketika dulu, Damia hadir ke pejabatnya tanpa beritahu dalam keadaan yang sangat marah. Sebelum itu, pembantu rumah mereka iaitu Suhaila menelefon dan beritahu bahawa Damia sedang dalam perjalanan ke pejabat setelah bergaduh dengan keluarga tirinya.

Sungguh, Damia memang tidak boleh dijangka. Entah dari mana dia dapat sikap itu sedangkan arwah isterinya iaitu Puan Sri Zarina tidak pernah melawan hatta meninggikan suaranya.

That girl really from a different breed.

Sanggup dia datang ke pejabat dan melontarkan amarahnya hanya kerana Tan Sri Naim menyerahkan kad kredit dan memberikan kebebasan harta kepada keluarga tiri itu. Dia siap mengugut lagi, 

"Kalau papa nak bagi juga semua harta tu dekat diorang, then you won't see me anymore! Dan, papa tengoklah macam mana keluarga ahli sihir tu akan rembat semua harta papa. Biar papa jadi papa kedana dan jangan meratap satu apa pun!" marah Damia.

"Damia selalu dekat luar, dekat kampus. Damia selalu ada latihan dan pertandingan. Damia langsung tidak dapat nak kenal mereka dengan lebih rapat. Sampai hati Damia cakap macam tu? Mama tu baik tau, same goes to your sisters." nasihat Tan Sri Naim, lembut.

"Ish, siapa mama? Sisters who? Damia tak ada mama tau, papa. Jangan pernah ingatkan Damia tentang keluarga tiri yang entah mana-mana tu. Jangan paksa Damia lagi untuk berkenalan dengan diorang sebab sampai mati pun Damia tak nak!" dengus Damia.

"Suka hatilah, Damia. Kamu dah masuk usia 20 lebih, dah matang. Sampai bila papa nak kena melayan perangai yang bukan-bukan kamu ni?" tegur Tan Sri Naim, matanya tegas merenung wajah Damia yang masih lagi berang.

Tan Sri Naim yang melihat Damia diam tidak berkutik, terus sahaja menyambung, "Macam ni ke papa nak percayakan kamu untuk ambil alih MK Construction nanti?"

"Ah yes, that one. The MK Construction things. Pasal tu, itu benda paling penting dalam keluarga kita kan? Okey, kalau papa nak continue bagi segala harta benda papa pada diorang, go on. Damia okey sikitlah sebab apalah sangat kan benda macam tu? Tapi MK Construction tak boleh diserahkan pada mereka even for 0000.01%. Kalau papa letak juga nama mereka dalam successor MK Construction, I swear I will go somewhere far away from here." ugut Damia sebelum keluar dari pejabat Tan Sri Naim dengan perasaan berang.

Genggaman tangannya disokong oleh tangan Puan Azila. "Awak janganlah fikir yang berat-berat sangat. Saya yakin Damia okey. Damia kan strong girl ever?

Perasaan gundah tadi reda apabila dipujuk begitu. Dia risaukan Damia. Sangat-sangat risau.

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Puan Sri Nabihah menangis semahunya apabila melihat keadaan Nadhirah yang terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan yang begitu menyayat hati. Hati ibu mana yang rela melihat anak kandungnya cedera teruk seperti itu. Meskipun Asyraf dan Dr. Helmi sudah menerangkan tentang keadaan Nadhirah dan kebarangkali terjadinya kecederaan itu, hatinya masih menolak andaian yang anaknya itu dilanggar. Kerana lebam diwajah Nadhirah jelas menunjukkan dia ditumbuk dan dipukul berkali-kali.

Tan Sri Hasif memegang kepalanya yang terasa sungguh serabut. Hatinya bernanah apabila melihat keadaan Nadhirah, bertambah terluka lagi bila mendengar isterinya menangis teresak-esak begitu. 

"Saya nak buat laporan polis." kata Tan Sri Hasif setelah berfikir lama diruang menunggu untuk penjaga-penjaga kepada pesakit dalam wad ICU itu.

Puan Sri Nabihah mengangkat wajahnya dan tangan lap titisan airmata yang membasahi pipi. "Awak ada sesiapa yang terlintas ke? Memang sebelum ni kita ada musuh ke?"

"Saya langsung tak fikir sesiapa pun sekarang ni. Cuma kalau nak libatkan musuh, boleh jadi dari macam-macam pihak. Kalau bukan orang yang bermusuh dengan kita, mungkin ada yang bermusuh dengan anak kita. Benda tu tak mustahil." kata Tan Sri Hasif. Dia kemudian memegang kepalanya untuk memikirkan langkah seterusnya.

"Jadi, sekarang ni awak nak buat laporan polis kan? Lepas tu?"

"Saya cuba untuk cari bukti dari polis, Asyraf dan orang sekeliling yang nampak apa jadi pada anak kita. Kalau anak kita dilanggar dan pemandunya pergi, kita boleh saman sebagai kes homocide langgar lari. Kalau ada orang memang pasang niat untuk belasah anak kita, saya akan cari ke lubang cacing semua yang terlibat termasuk Zahran." kata Tan Sri Hasif. Dia cukup ragu-ragu dengan kekasih anaknya itu tetapi apakan daya, Nadhirah sayang betul lelaki itu.

Tan Sri Hasif bangkit dari kerusinya untuk memulakan pencarian. Dia nekad untuk mulakan pencariannya lebih awal dan berkas suspek itu dengan secepat mungkin sebab sentuh satu-satunya anak perempuan yang dia tatang bagai minyak yang penuh.

"Saya nak ikut tapi, saya nak jaga Nad dekat sini." kata Puan Sri Nabihah.

Tan Sri Hasif mengusap kepala isterinya sebelum pergi seraya berkata, "Tak apa, untuk hal macam ni biar saya uruskan sepenuhnya. Awak keep an eye on Nadhirah. Apa-apa perkembangan, terus bagitahu saya." Puan Sri Nabihah mengangguk faham dan setuju akan rancangan suaminya itu.

Baru beberapa langkah Tan Sri Hasif meninggalkan ruangan ICU itu, dia dan isterinya tiba-tiba sahaja didatangi oleh beberapa orang polis yang menunjukkan kad identiti masing-masing.

"Assalamualaikum, Tan Sri. Maaf mengganggu. Saya, Detektif Bahar bersama dengan Inspektor Najmi. Kami dari Jabatan Siasatan Jenayah. Kami datang dari kawasan anak Tan Sri dan Puan Sri ditemui." kata Detektif Bahar setelah menunjukkan kad identitinya kepada Tan Sri Hasif.

Puan Sri Nabihah yang tadinya hanya duduk terus bangkit dan mendapatkan suaminya. Jika polis hadir memunculkan diri, ini bermaksud kes anak mereka telah diklasifikasikan dibawah penjagaan polis sepenuhnya. Dan sudah tentulah mereka berdua perlu hadir sebagai penjaga dan terlibat bersama polis bagi membantu siasatan.

"Waalaikumusalam, terima kasih sebab datang detektif dan inspektor. Tapi, ada apa ya detektif dan inspektor berdua datang berjumpa dengan kami disini?" soal Tan Sri Hasif.

"Kami perlukan Tan Sri dan Puan Sri ke balai untuk membantu soal siasat kami dalam kes ni, boleh ke?" soal Inspektor Najmi.

"Boleh, boleh sangat. Saya pun memang tengah bercadang nak ke balai polis. Saya berbesar hati detektif dan inspektor datang. Saya nak sangat terlibat dalam kes ni sepenuhnya. Saya nakkan keadilan untuk anak saya. Saya perlukan manusia-manusia yang dah buat anak saya koma." kata Tan Sri Hasif.

"Kami faham, Tan Sri. Kami juga ada temui bahan bukti disana yang membawa kami pada Tan Sri dan Puan Sri. Boleh  kita pergi sekarang?" kata-kata Inspektor Najmi berjaya mengejutkan kedua-dua ibu bapa Nadhirah. Mendengarkan sahaja perkara itu, mereka terus bersetuju untuk mengikuti dua polis itu ke balai.

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now