FATIN tidak dapat menahan tangis apabila teringat akan apa yang dikhabarkan oleh doktor sebentar tadi. Hatinya remuk-redam menahan rasa. Matanya bertakung dengan air dan bila-bila masa sahaja boleh pecah empangannya. Namun, Fatin seboleh-bolehnya hendak mengawal airmata sendiri agar tidak tumpah dihadapan neneknya. Nenek Fatin pula sedang tidur setelah diberikan ubat. Nenek Fatin kini benar-benar bergantung harap hanya pada mesin hayat dan tiub pernafasan. Jantungnya sangat lemah dan sukar untuk mengepam darah secara normal.
Dia teringat bagaimana nenek Fatin mengadu yang dia sakit dada ketika selesai melakukan kerja rumah sendirian dirumah. Fatin cakna akan masalah jantung yang dihidapi oleh neneknya tetapi setahu dia nenek tidaklah begitu teruk. Sehinggalah jiran neneknya menemui nenek sudah terbaring dikawasan ruang tamu rumah dengan pintu terbuka. Bergegas jiran nenek menelefon ambulans.
Dan sejak itu, nenek Fatin sentiasa ditahan di hospital untuk jangka masa yang lama. Mujurlah nenek ada jiran yang memahami jadi memang dialah yang selalu datang dan melawat nenek serta melaporkan semuanya pada Fatin.
Fatin cukup lega. Namun, dia perlu juga berulang-alik dari rumah nenek ke rumahnya untuk menghadiri kelas seperti biasa. Dia pun sudah mula hilang rasa untuk duduk dirumah sewa itu sejak Damia ditahan di hospital. Dengar cerita lagi, keadaan Damia kini betul-betul memerlukan pemerhatian yang lebih rapi. Maka, Damia mungkin tidak pulang ke rumah. Bayangkanlah, kemana lagi Fatin perlu pergi? Kini, kedua-dua manusia yang dia sayang semuanya sedang kritikal.
Fatin mengeluh berat. Dia tidak mampu lahi mengawal airmatanya. Kotak memorinya laju sahaja mengulang kembali situasi pagi tadi.
"Maaf, Cik Fatin. Dukacita untuk saya beritahu yang nenek cik mungkin tak dapat jantung bateri tu." ujar doktor tersebut dengan muka yang sugul.
"Apa maksud doktor ni? Haritu doktor cakap, nenek saya dapat jantung tu. Dah confirmed dah. Bayaran pun dah dapat, kenapa cakap lain pula ni?" marah Fatin. Hatinya retak seribu tapi menolak untuk menangis. Dia tidak mahu dilihat lemah.
"Pihak hospital dah buat keputusan untuk dahulukan pesakit yang kritikal dan tenat dulu. Dan saya sebagai doktor biasa, saya perlu bersetuju." kata doktor tersebut.
Fatin menggeleng laju, "Habis tu nenek saya tak kritikal ke? Apa yang ada dalam kepala otak doktor tu? Habis tu nenek saya tu macam mana? Nak biar dia terus lemah macam tu?!"
"Kami cuba akan dapatkan jantung-" bicara doktor tersebut dipintas dengan laju oleh Fatin.
"Lepastu, berapa puluh tahun lagi saya nak kena tunggu? Berapa ratus juta lagi nak kena sumbat dalam mulut doktor!? Bagi saya jumpa dengan keluarga pesakit, saya nak tengok tenat macam mana ahli keluarga mereka sampai nak kena dahulukan mereka dulu..." gesa Fatin. Tiada langsung Fatin yang lemah lembut dan ceria ketika ini.
"Cik Fatin, cik tahukan tu melanggar polisi hospital untuk dedahkan informasi pesakit lain..." doktor lelaki itu cuba untuk memujuk.
Fatin mengeluh perlahan. Dia pelajar undang-undang. Dia tahu etika dan polisi yang perlu dituruti. Dia bukan bodoh.
Fatin memegang kepalanya yang berbalut tudung bawal itu erat sebelum berkata, "Saya akan cuba reda atas apa yang dah jadi kalau pesakit tu betul-betul memerlukan. Kalau ada campur tangan pihak luar, saya takkan berdiam diri."
Fatin benar-benar laksanakan tekadnya dengan merakam perbualan diantara dia dan doktor itu tadi. Dia tidak tahu bila dia dapat gunakan bukti tersebut. Tapi dia yakin, itu dapat dijadikan bukti lisan sebab doktor itu sendiri yang mengaku salahnya. Kalau doktor itu menipu, dia berharap agar lesen perubatan doktor tersebut ditarik balik!
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiksi UmumTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...