"SEBENARNYA, apa yang dah jadi pada Nadhirah ni doktor? Tak mungkinlah kecederaan yang dia alami menjadi punca dia hilang ingatan? Doktor kata kepala dia lebam biasa saje dan tak bagi kesan apa-apa pada otak. Kenapa boleh jadi macam ni?" soal Zahran.
Dr. Helmi membetulkan kacamatanya sebelum menarik nafas perlahan untuk menerangkan sesuatu pada Zahran.
"It's quite shocking that you are the first person to know about this instead of the patient's parents." kata Dr. Helmi. Biasanya penjaga yang akan tahu dulu memandangkan mereka adalah ahli keluarga paling rapat. Dia tidak menyangka teman lelaki pesakit pula yang tahu dulu.
"Tan Sri dan Puan Sri tak tahu lagi pasal keadaan Nadhirah ke, doktor?" soal Zahran.
"Belum. Kami baru cabut tiub tu ketika dia masih tidur dan ibu bapa pesakit tiada disisi. Tapi, tak mengapa... memandangkan kamu nak tahu, saya akan beri juga laporan tu." Dr. Helmi.
Zahran mengangguk dan fokus mendengar kata-kata Dr. Helmi, "Macam yang awak sendiri pun tahu, pesakit tidak mengalami sebarang kecederaan serius pada bahagian kepala. Tapi, hilang ingatan juga boleh berpunca dari kesan trauma yang dihadapi pesakit."
"Nadhirah berada dalam tahap ketiga dimana keadaan sedar minimum iaitu sudah bangun dan menunjukkan kesedaran yang jelas tetapi minimum atau tidak konsisten.
Pesakit bangun tetapi keadaannya masih belum normal, namun boleh memberikan reaksi stimulasi.Contohnya, jika ahli keluarga memanggil nama pesakit atau memintanya mengangkat tangan, dia akan memberikan reaksi tetapi jika orang tidak dikenali memanggil namanya, dia tidak akan memberi reaksi."
Zahran menggeleng perlahan. "Tapi, dia kenal saya. Walaupun kenangan saya dengan dia tak banyak, tapi she should know me well. She should recognized me, no matter what."
"Kamu ada perselisihan faham dengan dia tak sebelum dia masuk hospital?" soal Dr. Naim.
"Awak rasa saya membebankan awak ke?" soal Nadhirah, lirih.
"Awak nak tahu sangat kan? Ya, awak membebankan hidup saya. Pergi sajelah dari sini! Malas saya nak cakap dengan awak."
Zahran menggenggam kedua-dua tangannya. Matanya dipejam dengan rapat bersama satu helaan berat, "Ada. Saya bergaduh dengan dia beberapa hari sebelum dia masuk hospital."
"Hurm, jadi no wonder she could not recognize you. Mungkin perselisihan antara awak dan Nadhirah menjadi satu tekanan pada dia. Bila dia tercedera, secara automatik memori tentang awak dan perkara yang terjadi ketika kemalangan tu berlaku terus hilang. Memori dalam otaknya menolak untuk ingat perkara yang cukup stres pada dia." ujar Dr. Helmi.
"Berapa lama dia ambil masa untuk sembuh dan ingat kembali?" soal Zahran.
"It depends to the patient. Kalau dia kuat semangat, memori dia boleh kembali dalam masa proses rehabilitasi. Cuma, jangan paksa sajelah." Dr. Helmi tegas memberi peringatan.
Kepala dianggukan. "Terima kasih, doktor. Erm, doktor jangan bagitahu Tan Sri dan Puan Sri yang saya selalu datang sini ya?"
Dr. Helmi hanya senyum nipis. Dia tidak boleh jamin kerana Tan Sri Hasif dan Puan Sri Nabihah adalah individu penting untuk dia beritahu tentang hal ini. Kalau dia berkomplot untuk sembunyikan Zahran yang berkemungkinan ada isu dengan Tan Sri Hasif, memang habislah dia pun dicop terlibat sama.
Pintu ditutup rapat. Zahran mengeluh berat sambil fikirannya menerawang jauh memikirkan apa yang perlu dia lakukan.
"Apa kamu buat dekat sini?" soal satu suara.
Kepala Zahran laju menoleh kearah gerangan suara tadi. Wajah bengis Tan Sri Hasif menyapa pandangan Zahran.
"Tan Sri, s-saya..."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...