37 | Ugutan

2 1 0
                                    

Emel anda telah diterima. Terima kasih atas kerjasama.

AIRIL mengoyak senyuman apabila laporan yang diberikan tentang Damia tempoh hari akhirnya diterima oleh media. Kini dia cuma perlu tunggu satu Malaysia dikejutkan dengan penggantian atlet muda itu.

"Apahal kau senyum-senyum?" soal Shauqi dan menyentuh bahu Airil.

Dengan senyum lebar, Airil berkata, "Media dah terima report aku tu. Tak sabar nak tengok perempuan tu jatuh. She's no longer an athlete now. Aku akan jadi pengganti dia tak lama lagi. Tak sabar nak tengok dia jatuh."

Shauqi tersenyum nipis memandang wajah Airil yang kelihatan begitu bahagia itu. Dia menghirup White Chocolate Mocha panas dalam cawan itu dengan perlahan. Kemudian, dia letakkan cawan itu perlahan keatas meja.

"Kita ada goal yang sama which is nak jatuhkan perempuan yang dah malukan kita. Tapi, aku aware dengan siapa aku jadikan lawan. Lawan aku obviously yang lagi lemah dari aku. Kau macam mana pula? Aku tak rasa kau aware dengan lawan kau sendiri." kata Shauqi.

Airil meletakkan telefon bimbitnya diatas meja. Keningnya bertaut mendengar kata-kata Shauqi, "Kenapa pula? Aku dah kaji Damia tu sebaik yang mungkin tau. Berdasarkan dari pemerhatian aku, dia perempuan biasa saje. Tinggal dekat rumah sewa dengan kawan baik dia dari semester 1. Ada seorang lagi kawan baik lelaki, nama dia Adi. Selalu datang kampus dengan motor cabuk dia. Dia perempuan lemah sama macam bestie dia tu. Three dorks."

Shauqi ketawa perlahan sebelum menggeleng kepalanya berkali-kali. Senyuman penuh sinis dilemparkan kepada Airil, "Tak gunalah kau ada dalam The Deceivers Circle kalau kau tak mampu nak kaji lawan kau lebih mendalam."

"Daripada kau putar belit, tak boleh ke kau terus-terang saje?" soal Airil, tidak berpuas hati.

"Kau tau tak Damia tu siapa?" soal Shauqi. Dia memandang wajah Airil lama.

Kaki bersilang. Kedua-dua tangannya memeluk tubuh.

"An ordinary girl, obviously." Airil menjawab dengan wajah yang berlagak. Dia menyisip straw yang terdapat dalam cawan berisi Iced Frappucino itu.

Tanpa menjawab apa-apa, Shauqi menghidupkan telefonnya dan membuka website rahsia MK Group yang tersimpan semua gambar-gambar staf utama MK. Website rahsia cuma diketahui oleh orang dalam MK sahaja, termasuklah Shauqi. Ini untuk memudahkan urusan peribadi berkaitan perniagaan antara semua cawangan MK Group.

Airil melihat sebuah potret yang terdiri daripada wajah CEO MK Construction yang dia kenali iaitu Tan Sri Naim, isteri dan tiga orang anak perempuannya. Namun, wajah seorang gadis yang begitu dingin menarik perhatian Airil. Dia tahu namun dia cuba sedaya upaya untuk menidakkan andaiannya dalam kepalanya.

"Aku kenal CEO MK Construction. Tapi, perempuan ni siapa?" soal Airil, dia tersenyum sinis.

"Kau rasa siapa?" soal Shauqi pula.

"Are you kidding me?" Airil kembali menyuarakan soalannya pula. Separuh hatinya agak tergugat dengan fakta yang cuba Shauqi beritahu dan separuh lagi hatinya ego untuk mengakui fakta tersebut.

"Kalau kau rasa dia perempuan biasa yang kau boleh jentik pakai jari, kau lupakan sajelah angan-angan tu. Dia anak kandung Tan Sri Naim, CEO MK Construction. She has the same position as me and Nadhirah, which is the successor of MK Branches. Aku tak sangka kau berani nak cabar dia. Aku tabik hormat." sindir Shauqi.

Airil cuba menyembunyikan wajahnya yang terkulat-kulat usai mendengar fakta itu.

"Tapi dalam gambar ni dia macam ada kakak. Kau tak payahlah nak tipu aku. Takkan dia yang muda tu boleh langkau kakak dia pula? Bergaduhlah keluarga kaya tu nanti." sinis Airil membalas.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now