"DAH macam boyfriend pula aku ni nak kena ambil si Fatin tu setiap kali balik latihan. Tapi kalau tak ambil nanti, bahaya pula dia nak kena jalan kaki balik rumah. Aduhai, kenapalah jauh sangat tempat kerja kau dengan rumah sewa kita ni, Fatin woi." keluh Damia. Mulutnya bising membebel sendiri untuk menghilangkan rasa bosan dan takut di kawasan parkir motorsikal.
Sudahlah dia itu perempuan, naik motor pula waktu malam macam ini. Sememangnya bukan kombinasi selamat, sihat dan baik ya. Jadi janganlah berani-berani nak tiru hamba Allah bernama Damia ini. Buat perangai macam tak ada bahaya melanda sahaja.
Nak buat macam mana dah kalau kelas habis pukul 5 petang dan latihan taekwondonya terpaksalah dianjakkan ke malam. Mujurlah memang ramai atlet berlatih pada waktu malam. Sebab waktu malam sahaja, pusat latihan itu sunyi dan tidak sesak. Khas untuk masa atlet-atlet.
"Aduh!" suara mengaduh sakit itu berjaya menarik perhatian Damia.
"Suara siapa tu?" soal Damia, sendiri.
Haih, orang tua-tua pernah kata, kalau kita dengar suara atau bau benda wangi waktu malam, jangan bijaksana sangat nak tegur. Tapi, lain kes pula dengan Damia. Bukan main lagi dia berani sampai sudi nak pergi melihat siapa yang sedang mengaduh sakit itu.
Semakin dekat langkah Damia menuju suara tadi, semakin kuat pula bunyi bising itu. Bunyi bising seolah-olah ada orang yang ditumbuk atau mungkin juga sedang bertumbuk.
Damia keluar dari kawasan parkir kampus dan menapak kearah lorong gelap kawasan kedai-kedai itu. Ia sangat gelap sampai Damia tak jelas sangat wajah-wajah yang berada disana.
"HOI!" pekik Damia.
Dia berlari menuju kearah sekumpulan lelaki yang sedang mengelilingi seorang lagi lelaki. Bezanya, lelaki yang terduduk itu sedang sibuk menekan bibirnya yang mungkin berdarah atau bengkak selepas ditumbuk.
Oh, dialah yang mengaduh tadi!
"Sorry-lah kalau aku kacau korang dan aku pun malas nak masuk campur dalam masalah korang ni. Cumanya, aku tak berapa selesalah dengar orang mengeluh sakit ni. Aku tak suka. Benda boleh bincang pakai mulut dan otak, kita gunalah baik-baik. Kekasaran takkan menyelesaikan apa-apa." bebel Damia.
"Apa yang kau mengarut ni? Pergi balik sajelah. Kata tak nak masuk campur, tapi menyibuk mengalahkan makcik bawang." ejek lelaki yang sama tadi.
Damia tak membalas, namun tangannya melambai kearah lelaki yang terduduk tadi.
"Kau, meh sini." panggil Damia.
Lelaki tadi bergegas mendapatkan Damia dan bersembunyi dibelakang gadis itu. Macam pelik pula lelaki menyorok dibelakang perempuan. Tapi tak apalah. Kita husnudzon yang dia memang penakut. Tak apa, tak apa.
"Aku ni bukanlah samseng macam korang. Lawan-lawan ni tak terer sangatlah. Aku tak pro."
"Kau nak apa ni? Duit? Tak payah menyibuk dekat sini boleh tak? Eh budak, kau datang sini sekarang! Banyak benda aku tak settle dengan kau."
Damia keluarkan seutas tali pinggang taekwondo berwarna hitam dan diikat kemas pada pinggangnya. Beg sandang dicampak ke tepi bagi memudahkan dia untuk menghabiskan tiga orang lelaki yang fizikal mereka boleh dikatakan agak kerempeng (kurus kering).
"Malas nak cerita tapi aku ni pemegang pingat emas berturut-turut untuk acara taekwondo campuran. Bukan perempuan je aku pernah terajang, lelaki pun sama. Walaupun taekwondo banyak menggunakan kaki, tapi kau kena tahu kaki pingat emas ni pernah pecahkan batu bata dan kayu-kayu tebal..."
Damia berhenti seketika sambil matanya menilik tubuh tiga orang lelaki tadi.
"Jadi, kau ingat kitorang takut?"
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...