41 | Tukar Sasaran

2 1 0
                                    

MATA Nadhirah berbalam-balam dimasuki cahaya dari wad hospital itu. Melihatkan dari suasana yang putih dan dipenuhi dengan mesin, bau steril dan peralatan hospital, serta bunyi mesin hayat yang menemaninya dari awal dia disini sehingga dia buka mata... memang jelas dia berada di hospital. Tidak perlulah dia buat adegan filem tidak logik untuk bertanyakan keberadaan dia disini.

"Awak boleh dengar suara saya? Saya Doktor Helmi yang merawat awak disini. Awak berada disini hampir berminggu-minggu. Kalau awak sedar dengan perkara sekeliling awak, boleh awak gerakkan jari?" soal Dr. Helmi.

Nadhirah faham akan arahan itu lalu menggerakkan jari telunjuknya. Puan Sri Nabihah dan Tan Sri Hasif yang berada disisi katil menanti dengan penuh debaran untuk anak tunggal mereka itu celikkan mata.

Apabila Nadhirah berjaya mengikut arahan Dr. Helmi, Puan Sri Nabihah terduduk lemah. Dia begitu gembira melihat anaknya kembali sedar setelah berminggu-minggu terlantar di katil hospital. Hatinya sebagai seorang ibu sungguh terharu sampai nak menangis pun bukan main susah lagi.

"Alhamdulillah, dia dah sedar. Mata pesakit pun nampaknya peka pada lampu suluh saya ni. Arahan pun dia boleh faham dengan baik. Selepas ini, kita akan jalani terapi untuk bagi dia selesa dengan persekitaran." kata Dr. Helmi. Dia masukkan lampu suluh kedalam poketnya.

"Terima kasih, doktor!" ucap Tan Sri Hasif. Dia bertambah-tambah bersyukur apabila Nadhirah sedar dihari lahirnya sendir! Sungguh dia bersyukur pada Tuhan akan keajaiban ini.

Dr. Helmi tersenyum dan mengalihkan perhatiannya pada Nadhirah yang nampaknya masih terpinga-pinga akan suasana sekelilingnya. Fikirannya seolah-olah melayang memikirkan sesuatu yang tidak diketahui doktor itu.

"Nadhirah, nanti kita akan adakan sedikit terapi untuk bagi sendi-sendi awak aktif semula. Lama awak terbaring atas katil, awak kena aktif semula." pesan Dr. Helmi.

Nadhirah tidak mampu bercakap memandangkan mulutnya masih terisi tiub intubasi itu. Tapi dia mengerdipkan matanya sebagai tanda dia faham. Bibirnya bergerak-gerak untuk bertanya sesuatu tapi dia tidak mampu untuk lakukan perkara itu.

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Selesai sahaja kelas pada petang itu, Zahran membuat keputusan untuk melawat Nadhirah. Hampir setiap hari, dia tidak pernah sekali pun lupa untuk melawat Nadhirah dan mendapatkan perkembangan gadis itu. Namun, keadaan yang dirasakan masih intense diantara dia, The Nameless dan Tan Sri Hasif serta Puan Sri Nabihah membuatkan Zahran sentiasa berjaga-jaga ketika melawat.

Langkah kaki Zahran begitu bersemangat menuju ke wad Nadhirah. Selain bersemangat untuk berjumpa Nadhirah, dia juga begitu bersemangat untuk menghadiahkan sesuatu buat gadis itu memandangkan hari ini adalah hari jadinya.

Senyuman Zahran terukir apabila melihat Nadhirah sedang berbaring dikatilnya. Dia masuk dan memerhatikan Nadhirah dengan lama. Gadis itu tidak lagi memakai alat bantuan pernafasan seperti mula-mula dulu.

"Hai, awak. Hari ni saya datang lagi. Saya tak tahu kalau awak dah sedar atau tak tapi nampak gaya macam belum." kata Zahran, sekadar berseloroh. Lama dia perhatikan Nadhirah yang tidak memberi sebarang reaksi.

Sebuah kotak kecil diletakkan keatas meja sisi, "Selamat hari jadi, Nad. Saya tak kaya macam yang awak tahulah kan? Jadi, saya mampu bagi hadiah murah-murah saje. Erm...

...terima kasih sebab masih survived. Terima kasih sebab hidup lagi." ucap Zahran, ikhlas.

Lama Zahran memandang wajah Nadhirah yang masih diam itu. Zahran senyum nipis. Tangan Nadhirah yang bercucuk jarum untuk masukkan IV Drip itu dipandang lama. Dia berura-ura untuk memegang tangan itu sehinggalah,

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now