DAMIA bangun dari tidurnya. Dia terasa cukup segar apabila dia semakin hari, semakin mendapat begitu banyak balasan daripada Airil. Lelaki itu tidak pernah terlepas walau sekalipun untuk menunaikan janjinya bekerja dikedai-kedai agar dapat membayar saman-saman Damia secara beransur-ansur. Puas hati.
Dia bangkit dari katil untuk menapak kearah bilik air. Namun, ketika dia cuba untuk berdiri dan memijak lantai, secara tiba-tiba dia tidak dapat berdiri dengan tegak seperti selalu. Selama ini, dia masih boleh berdiri walaupun agak terhuyung-hayang. Tapi tidak pada hari ini. Dia sangat lemah. Tubuhnya kembali terduduk keatas katil.
Fatin yang terdengar akan bunyi bising katil berkeriut itu pantas mengalihkan pandangan pada Damia, "Kau okey weh?"
"Aku rasa, aku dah mula tak boleh berdirilah." ucap Damia.
Fatin menggosok matanya yang terasa agak payah untuk dibuka. Dia cukup risau apabila Damia mula memberitahu perkembangan tentang dirinya. Sudahlah Damia memang berkeras untuk tidak mahu membuat sebarang pembedahan, kerana takut tidak survive.
"Kau ada sakit dekat kepala ke?" soal Fatin, risau.
"Ada. Sakit macam berdenyut. Bila aku cuba berdiri, aku macam terhuyung-hayang dengan sendirinya. Tapi, aku rasa aku masih boleh berjalan. Cuma, dah tak kuat sangat dah." jelas Damia, turut sama risau.
"Jomlah, pergi klinik?" soal Fatin. Dia bangkit dari katilnya dan bergegas mendapatkan Damia yang berusaha sedaya-upaya untuk berdiri dengan tegak. Namun, kakinya bergetar-getar seperti seseorang yang menghidapi penyakit Parkinson.
"Mana kunci kereta kau? Biar aku bawa." ujar Fatin.
Damia menggeleng pantas seraya berkata, "Aku kan ada driver. Kita telefon driver aku sajelah."
"Driver kau tak tidur ke?" soal Fatin, agak musykil. Lain macam betul gaya bossy Damia ini sampai tidak fikir akan waktu bekerja untuk para pemandu-pemandunya. Almaklumlah, orang kaya macam Damia ini memang begitulah perangainya. Mungkin?
"Driver aku ni dia dah buat banyak dosa dengan aku. Memang patut pun tak ada rehat." getus Damia. Fatin yang mendengar hanya mengangguk perlahan. Kalau Damia sudah berkata begitu, maksudnya dia akan tetap dengan jawapannya. Tiada jawapan kedua atau Pelan B.
▪️▪️▪️▪️▪️
Tapak kasut diketuk perlahan atas jalan tar. Tangan bersilang, begitu juga dengan kakinya. Mulut tidak habis-habis menguap kerana masa tidurnya diganggu secara haram oleh seorang manusia tidak berperikemanusiaan yang bernama Nur Damia Tan Sri Naim! Ish, geram rasanya!
"Cepatlah." dengus Airil. Dia tidak mampu menahan kantuknya. Terasa mahu baring sahaja diatas jalan tar meskipun tiada selimut yang dihulurkan kepadanya. Risau pula dia hendak membawa kereta dalam keadaan dia sendiri pun sedang mengantuk. Buatnya kemalangan, siapa nak menjawab?
"Boleh sabar tak, kuli? " ejek Damia, sinis. Perlahan-lahan dia menapak kearah keretanya dan masuk kedalam perut kereta.
"Kuli, heh? Kuli inilah yang berlari bagai nak gila dari hotel dengan menaiki basikal terbiar selepas diugut oleh perempuan dingin ni yang rahsianya akan terbongkar pada umi dan abah aku!" getus Airil. Dia tajam menjeling wajah Damia yang sedang duduk dikerusi penumpang dibahagian belakang.
"Bisinglah! Masuklah cepat!" marah Damia.
Airil hanya mengajuk arahan Damia dan berjalan perlahan menuju ke bahagian pemandu kereta tersebut. Pintu ditutup dan enjin dihidupkan. Tali pinggang keledar ditarik untuk melindungi diri dari sebarang marabahaya yang bakal datang.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...