"SAYANG, terima kasih tau sebab awak sudi belanja saya dan yang paling penting.. awak bagi pinjam duit pada saya. Tapi, awak jangan risau. Saya ni seorang yang pegang pada janji! Saya janji saya pulangkan semua duit yang awak dah spend pada saya." begitu manis mulut Zahran berbicara.
Nadhirah terus sahaja membalas, "Awak buat apa sebenarnya dengan duit-duit tu? Bukan ke awak ada buat pinjaman untuk pelajar juga? Mana pergi semua duit tu?"
"Saya buat bayaran universiti lah. Aik, kenapa awak tanya ni? Selalu tu tak kisah pun." balas Zahran.
"Kalau dah sepanjang masa awak pinjam duit saya, mestilah saya kisah."
"Kan saya dah janji nak bayar?"
"Ya, saya tau tu. Tapi, awak kena fikir juga keadaan saya. Saya pun pelajar. Bukan awak seorang saje. Walaupun awak nampak saya macam berharta tapi duit-duit tu datang dari papa dan mama saya. Kalau selalu sangat tak cukup duit..."
"Nah!"
Duit yang diberi tadi diletakkan kembali keatas meja. Minuman yang berbaki separuh dalam cawan disedut laju sebelum Zahran membuat keputusan untuk beredar dari situ.
Nadhirah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Duit yang diletakkan keatas meja tadi diambil dan disimpan kedalam beg tangannya. Pandangan pelanggan dalam kafe itu dibiarkan sahaja. Kerana isu dia dan Zahran lebih penting pada ketika ini.
"Zahran!" panggil Nadhirah.
Bergegas Nadhirah mengejar langkah Zahran yang jauh dihadapan. "Awak!"
"Ish, nak apa? Tadi berkira sangat. Pergi sajelah." ujar Zahran. Dah macam perempuan gayanya kerana merajuk. Tapi, ini bukan merajuk gaya sweet. Ini namanya merajuk gaya sweet talker dan seorang kaki perempuan.
"Iyalah, maaf. Saya tau saya tak sepatutnya cakap macam tu. Tolong jangan pergi." ujar Nadhirah seraya memegang hujung baju Zahran.
"Saya bukan apa. Walaupun, saya ni ada pinjaman. Selain dari yuran, saya ada adik-adik yang saya nak kena tanggung. Sebab itulah." balas Zahran.
Nadhirah hanya mampu mengeluh dalam hati. Seandainya dia ada keberanian lagi. Ingin sahaja dia membalas, kenapa tak nak cari kerja sambilan? Bukankah itu apa yang semua pelajar giat lakukan?
Kalau betul sekalipun dia ada adik-adik untuk disara, kenapa Zahran tak pernah tunjuk dan kenalkan pada Nadhirah? Dan, kenapa mesti dia yang hulurkan semua duit?
"Okeylah, sayang. Saya ni pun dah lambat dah. Saya ada kelas. Saya pergi dulu eh? Nanti, saya call awak." ujar Zahran. Duit yang dihulurkan dari Nadhirah tadi disimpan kemas didalam beg sandangnya sebelum meninggalkan Nadhirah bersendirian dihadapan kafe tadi.
Sekali lagi, Nadhirah mengeluh.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Kring Kring!
"BERHENTILAH MAIN PINTU TU!" pekik Fatin. Alat scan barang yang berada dalam genggamannya sudah dipegang dengan erat. Risau kalau dia hilang pertimbangan nanti, ada pula pintu 7 Eleven yang hilang nanti.
"Cak!" Damia yang sememangnya setia dihadapan pintu 7 Eleven dan menjadi one and only 'hantu' yang mengusik Fatin bergegas mendapatkan kawan baiknya di kaunter.
"Kau main loceng tu, bisinglah. Satu lorong kedai ni boleh dengar. Nanti staf-staf 7 Eleven dengar, aku yang kena marah nanti." dengus Damia. Dia menjerit tadi pun dia dah separuh risau, takut kalau ada staf yang muncul bagi pelempang. Berterabur gigi.
"Beranilah diorang nak marah kau. Meh lawan dengan akak taekwondo ni dulu. Hati member aku ni ada satu je, kena jaga baik-baik. Tulang diorang ada 206, boleh patahkan satu." Damia masih galak bergurau.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficção GeralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...