DAMIA mengeluh untuk kesekian kalinya apabila dia kerap merasakan ada aura-aura dan semangat yang begitu berbeza datang dari belakangnya. Kerap juga dia menoleh untuk memastikan kewujudan makhluk atau hamba Allah yang satu itu. Namun tetap tidak berjaya.
Ini bukan sekali dia merasakan semangat yang begitu luar biasa ini, malah berkali-kali. Seminggu ini dia asyik rasa meremang. Seperti diperhatikan oleh stalker.
Kalau minat dia, munculkanlah diri. Bukan main hendap anak dara orang macam tak ada adat dalam Islam. Kalau berkenan, masuk meminang. Apa susah, eh!
Dari kelas sehingga ke perpustakaan, dia tetap merasakan seperti ada yang memerhatikannya. Damia meletakkan buku dan begnya di tempat duduk kemudian berpura-pura untuk mencari buku.
Tepat seperti sangkaannya, memang ada manusia yang sibuk memerhatikan dia selama seminggu ini. Perlahan-lahan, dia melangkah kearah lelaki yang kelihatan sangat gelisah. Mungkin terkejut melihat sasaran yang dia sibuk mengintip itu tiba-tiba hilang jejaknya.
"Seronok mengintai?" soal Damia.
"UISH!" Airil terkejut apabila ada suara yang menegur dan bila berpaling, dia terkejut buat kali kedua. Hampir sahaja dia melanggar rak buku, nasib baik tidak terjatuh sahaja. Kalau tidak, habis dia nak kena susun semula buku-buku itu.
"Kenapa kau terkejut pula? Intailah lagi." sindir Damia. Rimas sebenarnya bila ada yang sibuk nak ambil tahu hidupnya. Selama ini tak pernah ada orang buat begini dengan dia. Gara-gara ikut sangat idea si Fatin itu, tidak fasal-fasal ada yang mengikut.
"Ah, saya minta maaf sebab intai awak, Damia. Tapi saya buat semua ni ada sebab!" kata Airil.
Damia bercekak pinggang dan berkata, "Sebab apa? Sebab kau nak kawan dengan aku?"
Airil menganggukan kepalanya perlahan. Memang itu apa yang dia mahukan dari Damia. Puas memujuk, dia gunakan cara untuk menghendap pula. Tapi hasilnya tetap sama, dia tetap tak dapat nak sembunyikan diri dari pandangan mata Damia.
"Salah ke saya nak kawan dengan awak?" soal Airil.
Damia bercekak pinggang sambil tubuhnya sengaja disandarkan pada rak buku. Kemudian, anak matanya tajam menikam mata Airil yang seakan-akan takut dengan gaya Damia yang serupa pengetua sekolah menengah.
"Salah tu memanglah tak, tapi aku yang malas dan tak nak. Apa susah sangat kau nak faham ni? Kau memang tak ada kawan ke? Selama beberapa semester ni, takkan kau tak dapat kawan langsung? Kenapa tiba-tiba saje nak dekat dengan aku. Fishy betul." getus Damia.
Airil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berasa sangat malu lagi bila pelajar yang jalan-jalan disekitar mereka asyik mencuri dengar. Mungkin teringin sangat nak tahu, apahal bergaduh pasal macam sepasang kekasih dalam perpustakaan? Macam dah tak ada tempat lain sahaja gayanya.
'Apa susah sangat ke nak terima aku ni jadi kawan kau, haih.' bisik hati Airil.
"Dah senyap pula?" soal Damia, malas.
Airil tunduk merenung lantai, Damia menghampiri dan memegang bahu Airil.
"Macam ni sajelah. Aku ni cakap tak nak dan tak berminat untuk kawan dengan kau pun, rasa macam tak berbaloi sebab kau macam tak faham bahasa. Senang macam ni sajelah, aku memang tak teringin pun kawan dengan kau. Aku ada si Fatin tu pun dah cukup dah. Jadinya, kau boleh blah cari sasaran lain untuk berkawan. Okey? Kau jangan muncul depan aku dah. Sebab kalau kau muncul lagi, aku tak ada dah nak cakap baik-baik. Aku pakai polis terus atas tuduhan menceroboh orang dan berniat tak baik pada aku. Macam mana? Best deal?" Damia memberi amaran yang tegas.
Airil memberi senyuman nipis seraya membalas, "Saya faham tu, Damia. Maaf sebab mengganggu awak dan buat awak rasa tak selesa. Sepatutnya saya faham dari awal tapi saya yang terhegeh-hegeh. Tak apalah, lambat-laun awak akan tahu juga alasan saya nak berkawan dengan awak. Saya pergi dulu."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...