"LAMA sangat ke saya tak tengok TV sampai tak sedar macam-macam benda dah berlaku. I mean, within almost a week is so unexpected." kata Fatin. Dari tadi dia tergeleng-geleng kepala apabila mendengar semua cerita dari Tan Sri Naim. Fatin memicit kepala apabila dia memaksa otaknya untuk mencerna cerita Tan Sri Naim itu.
Sebaik sahaja, Fatin pulang dari kampung. Dia terus menghadiri kelas seperti biasa dan usai selesai dengan kelasnya, Fatin akan ke hospital untuk melihat Damia. Nenek sudah tiada, nampaknya memang dia akan sering berada disini menemani kawan baiknya itu. Kata Tan Sri Naim, Damia sudah mula bersedia dengan pembedahannya yang akan dijalankan pada esok harinya. Sekejap sahaja masa berlalu, kini Damia akan dibedah.
Oleh itu, Tan Sri Naimlah yang bertanggungjawab untuk menerangkan semuanya kepada Fatin tentang isu semasa MK Foundation. Apa yang telah terjadi kepada Shauqi serta Tan Sri Iman benar-benar mengejutkan Fatin. Hampir seminggu dia agak sibuk dengan urusan kematian arwah neneknya, jadi nak tengok TV pun memang agak sukar.
Tan Sri Naim mengangguk perlahan apabila mendengar kata-kata Fatin, "Yep, dalam masa seminggu saje macam-macam benda boleh jadi. Saya rasa bertanggungjawab nak cerita semuanya pada kamu memandangkan saya tahu semua masalah kamu dengan Shauqi. Kalau tak kerana Damia, mungkin saya tak tahu yang awak diugut oleh dua anak-beranak tu."
"Damia cerita semuanya?" soal Fatin.
"Dia cerita masalah kamu dengan Shauqi. Lepas daripada tu, memang saya agak peka dengan Tan Sri Iman dan Shauqi juga. Tapi kalau ikutkan, staf-staf MK memang dah tahu akan masalah mereka berdua. Kami tahu yang Tan Sri Iman selalu dera Shauqi dari dia kecil lagi. Kemudian, isteri Tan Sri Iman melarikan diri tanpa bawa Shauqi. Kami tahu tapi sebab syarikat besar, kan? Kami akan tutup semua masalah selagi boleh." kata Tan Sri Naim.
"Kenapa tak ada tindakan yang diambil keatas Tan Sri Iman? Dan, tadi tan sri ada sebut tentang isteri? Saya ingatkan mereka dah bercerai atau mati...?" soal Fatin, keliru.
Tan Sri Naim membuang pandang kearah sekelompok manusia yang sedang membeli makanan di kafe hospital. Kemudian, dia menyisip kopi panas itu perlahan-lahan untuk membasahkan tekaknya yang terasa kering. Jadual pemakanan Tan Sri Naim sudah kembali tidak teratur sejak Damia sakit. Semuanya seakan-akan kembali seperti dulu ketika arwah isterinya sakit untuk jangka masa yang lama.
"Intan hidup lagi. Cuma dia larikan diri sebab tak tahan didera secara mental dan fizikal oleh suami sendiri. Dia larikan diri ke luar negara tanpa sesiapa pun tahu. Dan tentang tindakan yang tak diambil tu ada sebab. Semuanya sebab Shauqi." kata Tan Sri Naim.
Fatin memang fokus mendengar cerita Tan Sri Naim. Matanya tajam merenung anak mata papa Damia itu.
"Damia ada cerita yang Shauqi ada masalah dengan papa dia tapi saya tak tahu yang dia kena dera." kata Fatin.
"Damia tak tahu cerita penuh sebab dulu kami kan ada konflik jadi Damia memang selalu mengelak daripada saya dan aktiviti-aktiviti syarikat. Sebab tu dia cerita apa yang dia tahu saje pada kamu. Sebaliknya, apa yang jadi pada Shauqi lebih teruk dari apa yang kamu fikir." kata Tan Sri Naim.
"Patutlah dia selalu pakai inner kalau main bola keranjang. Patutlah dia selalu terjengkot-jengkot kalau berjalan. Patutlah, dia cakap macam tu..." kata Fatin. Dihujung katanya, terselit memori dimana Shauqi dan dia bergaduh selepas selesai berdebat untuk cabaran pertama itu.
"...Aku kalah ni pun, kau tahu ke apa akan jadi dekat aku? Kau tahu?"
Sekarang, baru dia tahu.
"Erm, tadi tan sri ada sebut sebab Shauqi, kan? Maksud tan sri, Shauqi yang minta agar papa dia tak diambil tindakan apa-apa ke?" soal Fatin, meminta kepastian dan berbalik kepada perbincangan mereka yang tadi. Sungguh dia tidak sangka Shauqi ada pemikiran seperti itu, tapi mengapa?
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...