HARI yang sepatutnya menjadi hari terakhir untuk Fatin berlawan dengan Shauqi menjadi satu hari yang duka. Fatin menyimpan azam baru ketika dia melangkah keluar dari rumah. Dia ingin memenangi pertandingan hari ini, menuntut maruahnya dan Shauqi perlu meminta maaf kepada umum seperti yang telah dijanjikan.
Namun begitu, apa yang dijanjikan oleh Fatin kepada dirinya tidak menjadi seperti yang dirancang. Dia baru sahaja ingin bersiap ke universiti seperti biasa dan secara tiba-tiba dia menerima panggilan dari pihak hospital.
"Assalamualaikum, kami dari Hospital XXXX. Ini waris Puan Safiyyah ke?" soal doktor tersebut.
"Ya, saya waris Puan Safiyyah. Ada apa yang pihak hospital call saya?" soal Fatin, gemuruh. Harapannya cuma satu, dia ingin menerima khabar berita baik yang mengatakan neneknya sudah menerima jantung bateri yang baru. Tetapi, untuk menerima khabar baik seperti itu agak sukar ya memandangkan penantian untuk jantung bateri itu pun memang lama.
"Kami harap cik bersabar dengan berita yang saya nak beritahu ni. Puan Safiyyah baru sahaja meninggal dan kami berharap agar cik dapat datang ke sini untuk proses lebih lanjut."
Sebaris ayat yang diucap doktor tersebut tidak dapat menghentikan airmata yang mengalir dipipi Fatin. Sambil tangan sibuk mengemaskan baju-bajunya untuk dibawa pulang ke kampung, airmata laju sahaja menitis membasahi pipi.
Menggigil tangannya hendak memegang barang. Dia ingin mengadu pada seseorang. Dia inginkan bahu seseorang untuk dia menangis. Dia inginkan seseorang yang dapat menjadi telinga mendengar luahannya.
Tanpa melengahkan masa, Fatin laju sahaja membawa semua barang-barang berharganya bersama bagasi keluar dari rumah. Dia menelefon GrabCar dan destinasi yang ingin dia tuju sudah tentulah terminal bas. Tiket dibeli dalam keadaan yang kelam-kabut. Namun, dia tetap berharap agar semuanya dipermudahkan.
Tidak sampai beberapa minit, GrabCar yang dia pesan akhirnya tiba. Laju sahaja Fatin membawa masuk barang-barangnya kedalam but kereta dengan bantuan pemandu tersebut. Setelah diberitahu destinasinya kepada pemandu GrabCar itu, mereka terus sahaja menuju ke terminal bas.
Lama Fatin memegang erat telefonnya. Fikirannya terbang mengingatkan Damia, dia ingin beritahu Damia tentang neneknya. Tetapi dalam keadaan Damia yang semakin teruk, dia tidak mahu membebankan fikiran gadis itu. Cukuplah dia seorang sahaja yang mengetahui situasi semasa.
Lama dia menatap skrin telefon yang gelap itu. Jauh melayang memikirkan seseorang yang dapat dia minta bantuan menguruskan jenazah neneknya disana. Setelah lama berfikir, nombor Adi didail dan telefon ditekap ke telinganya.
▪️▪️▪️▪️▪️
Fatin tiba di hospital selepas beberapa jam didalam bas. Dan tidak berfikir panjang, dia terus sahaja memanggil GrabCar untuk terus laju ke hospital yang menempatkan neneknya. Dan Adi turut sama ikut sebagai sahaja Fatin melefonnya. Menggelabah dia dari asrama, dia perlu mengemaskan semua barangnya. Mesej pensyarah untuk ketidakhadirannya dan bergegas mengejar Fatin yang katanya sudah tiba di terminal bas.
Fatin tahu yang dia sudah menyusahkan Adi dan berkali-kali dia meminta maaf sepanjang mereka didalam bas. Adi cuma berkata yang dia okey sahaja. Tiada masalah pun memandangkan ini adalah minggu menghantar tugasan dan tiada walau satu tugasan pun yang dia bertanggungjawab untuk hantar.
Malah dia juga faham akan Fatin yang tiada ahli keluarga lain melainkan kawan-kawannya. Sebab itulah, Adi datang juga.
Mereka berdua tergesa-gesa menuju kearah wad nenek Fatin. Namun, wad tersebut sudah pun dikemas beberapa jam yang lalu. Dan kata doktor serta jururawat disitu, nenek Fatin sudah dibawa ke bilik mayat yang terletak tidak jauh dari wad yang sekarang.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...