CABARAN yang diutarakan oleh Damia diterima dengan hati terbuka oleh Airil. Kini, masing-masing mempersiapkan diri untuk berlawan diantara satu sama lain. Oleh itu, Airil dan Damia kini sama-sama berlatih dengan jurulatih masing-masing. Perlawanan ini pastinya bukanlah untuk mendapatkan medal dan kedudukan. Tetapi, perlawanan ini bakal mengembalikan maruah Damia yang dipijak-pijak oleh Airil.
Airil berlatih bersungguh-sungguh mengikut kemampuannya. Dia aplikasikan kembali semua latihan dan teknik-teknik taekwondo yang pernah dia gunapakai ketika dia berada di sekolah dulu. Jika hendak dilihat dari tahap kekuatan, semestinya berpihak pada Airil. Tapi kejayaan dan teknik, semuanya ada pada Damia. Itu yang membezakan mereka berdua.
"Kau cakap apa? Caras rezeki orang lain? Siapa yang tak malu guna cara kotor, buat background check menggunakan orang dalam MK dan jatuhkan orang menggunakan publisiti murahan? For your information, aku dapat masuk dalam pasukan ni menggunakan keupayaan aku.
Setiap bait bicara Damia ketika gadis itu bertemu dengannya dulu kembali menerjah masuk kedalam kotak fikirannya. Setiap kata-kata Damia mengguris hatinya. Ya, dia harus akui setiap apa yang Damia katakan ada kebenarannya. Tapi, ayat gadis itu terlalu angkuh.
My own strength. Kau boleh tengok dokumen dalam pejabat tu, berapa banyak sijil antarabangsa dan kebangsaan yang ada. Kau yang muka tembok, tak malu ni... boleh sembang macam kau dah berjaya kalahkan aku. How shame you are, poor guy."
Semakin kerap kata-kata Damia membuat siaran ulangan dalam fikiran Airil, semakin kuat kakinya menendang punching bag yang tergantung. Kekuatan pada kakinya juga semakin kuat sehingga menghasilkan garis koyak pada punching bag tersebut.
For your information, aku dapat masuk dalam pasukan ni menggunakan keupayaan aku. My own strength.
Shame you are, poor guy.
Shame on you!
"ARGHHHH! Pergilah kau, perempuan! Pergi! Pergi!" Airil terpekik-pekik dalam ruang latihan untuk semua atlet taekwondo. Mujurlah hari itu sememangnya hari cuti. Jangankan pelajar, jurulatih pun tiada untuk uruskan pusat latihan tersebut.
"Wowowow, chill bro. Sampai rabak punching bag tu kau bantai. Apa masalah kau ni?" soal Shauqi yang baru sahaja masuk kedalam ruang latihan itu untuk melihat Airil.
Airil yang baru sahaja tersedar ke alam nyata pantas sahaja mencari dari mana arah suara itu. Namun, pencariannya terhenti apabila dia terlihat Shauqi sedang berjalan dengan begitu bergaya kearahnya. Shauqi mencapai bangku kecil yang berada tidak jauh dari kawasan Airil berlatih dan segera melabuhkan punggung.
"Apahal kau datang sini?" soal Airil. Dia membuka balutan pada tangannya untuk seketika sebelum ketatkan ia semula. Kemudian, dia mencapai sebotol air mineral yang tersimpan dalam begnya dan diteguk dengan laju.
"Sama macam kau preparing myself for something. Tapi tak sama in terms of cara kita lawan rival kita. Kau lawan pakai taekwondo, aku lawan dia pakai IQ." ujar Shauqi. Dia berpeluk tubuh sambil memandang wajah Airil dengan begitu lama. Dia baru sahaja pulang dari belajar di perpustakaan bersendirian. Namun, anehnya di perpustakaan tadi langsung tiada kelibat Fatin dimana-mana. Tidak mungkinlah dia ada cuti belajar juga?
"Kau kena ugut dengan dia juga ke?" soal Airil.
Shauqi tidak menggangguk dan juga menggeleng. Dia hanya menjungkitkan bahunya. "Well, aku tak rasalah tu satu ugutan. Aku tak tercabar pun dengan dia. Dia saje kut yang rasa macam tu. Rasa diri dia dah powerful sangat. Padahal semua orang tahu tanpa biasiswa dari MK Foundation, dia takkan boleh sambung belajar dekat sini. Dia yang patut rasa tercabar dengan aku. Macam mana pun, aku tetap akan menang."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiction généraleTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...