DEWAN kuliah yang pada awalnya gamat dengan suara para pelajar menyokong pihak kerajaan dan pihak pembangkang bertukar sunyi apabila pertandingan mini yang berjalan dalam masa yang singkat itu akhirnya tamat dengan Fatin sebagai pemenang. Masing-masing berundur diri ke kelas yang bakal berlangsung.
Ketika tamat sahaja pertandingan debat mini itu, Shauqi melihat Fatin bangun daripada tempat duduknya dan pergi dari dewan kuliah. Dia tidak tahu kemana gadis itu pergi. Namun apa yang pasti, dia perlu berbincang dengan Fatin.
Dia perlu tahu mengapa Fatin ajukan soalan yang sangat maut seperti itu. Kerana soalan itulah yang menjadi punca kekalahan Shauqi sebentar tadi. Kalah mati pula. Bukan setakat kalah mati, berkemungkinan besar dia juga akan mati dengan Tan Sri Iman malam ini.
Shauqi bingkas bangkit dari kerusinya. Dia berlalu keluar dari dewan kuliah dan mengejar langkah Fatin yang belum jauh darinya.
"Fatin!" panggil Shauqi. Dia mengawal suaranya agar tidak menarik perhatian pelajar-pelajar yang berjalan disekitar lorong itu untuk kekelas. Nanti tidak fasal-fasal muncul pula gosip baru. Merisaukan.
Fatin yang mendengar namanya dipanggil pantas sahaja berpaling. Dia dapat melihat Shauqi masih mengah dan berusaha untuk mencari nafas. Lama Fatin memandang wajah Shauqi untuk memberi peluang lelaki itu bercakap dan dia akan kekal bertenang untuk mendengar.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau." kata Shauqi.
Apabila Fatin mendengar bait bicara Shauqi yang sudah berubah, hatinya sakit. Dia tidak mampu untuk menipu betapa dia merindui ketika Shauqi membahasakan diri mereka sebagai 'awak dan saya'. Kedengaran lebih sopan dan Fatin rindukan semua itu.
Mengapa jugalah aku begitu bodoh rindukan orang yang jelas sanggup lakukan apa sahaja kerana dendamnya yang seakan-akan tidak akan habis, desis Fatin jauh dalam sudut hatinya.
"Apa?" soal Fatin, berlagak dingin.
"Aku tak puas hati game tadi. Aku nak kita repeat." kata Shauqi. Suka hati dia sahaja hendak membuat peraturan yang baru hanya kerana dirinya sudah tewas.
"Dah habis dah pun. Pemenangnya pun dah tahu, kenapa awak nak buat sidang ulangan pula ni?" soal Fatin, tidak berpuas hati.
Adi dan Damia yang baru sahaja tiba hanya berdiri dibelakang Shauqi tanpa berkata apa-apa. Mata mereka memberi isyarat kepada Fatin untuk tidak melayan dan mendengar segala rayuan mengarut Shauqi. Damia juga diam kerana sibuk mendengar kata-kata Shauqi.
"Soalan kau tu, mana ada dalam skop jawapan mana-mana! Memang takkan ada cara pun untuk hentikan Islamophobic dekat negara macam tu lah!" kata Shauqi, berang.
"Baguslah." kata Fatin.
Shauqi berkerut kening mendengar jawapan balas daripada Fatin. Dia terdiam merenung wajah Fatin yang boleh dikatakan sangat lembut tapi mempunyai ketegasannya sendiri. Dengan begitu singkat sahaja, dia boleh bertukar menjadi seorang gadis yang sangat berbahaya. Reaksi wajah, tutur bicara dan cara Fatin berfikir sememangnya berada diluar jangkaan.
"Baguslah?" soal Shauqi.
"Ada jawapan. Awak kena cari. Buat kajian." sinis sekali Fatin berkata.
"Heh, kau ada jawapan tu ke? Macam yakin saje bagi soalan tu? Kalau ada jawapan, explain-lah dekat aku." Shauqi memaksa.
Fatin tercegat memandang wajah Shauqi, "Saya... tak ada jawapan tu."
"Ha! Aku dah agak dah! Kau tak adalah bijak sangat! Pandai bagi alasan saje!" kata Shauqi.
"Kenapa awak suka berlagak macam awak yang tersakiti?" soal Fatin, secara tiba-tiba.
"Memang aku tersakiti pun. Heh, aku dah selangkah kehadapan. Aku jauh lebih hebat dalam memberi hujah dalam dewan tadi. Tak macam kau yang banyak diam saje. Lepastu, asyik bagi soalan tak habis-habis. Kalau Tan Sri Iman tengok ni, dia pun fikir banyak kali macam mana kau boleh jadi penerima biasiswa dekat situ." ejek Shauqi.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...