ADI terkelip-kelip mata ketika meminta bantuan Haniza iaitu rakan sefakultinya. Dia menggenggam tangan rapat ke dada dan mengoyak senyuman sehingga ke telinga. Kalau lihat sekali, memanglah comel. Cuba lihat untuk kali yang kedua, rasa macam ringan sahaja tangan ini sampai ke pipi Adi.
Nasib baik kawan.
"Kau ni, muka yang kau ambil dari Google ni... jauh beza dengan muka aku tau. Cepatlah kantoi nanti." getus Haniza. Dia menghulurkan telefon bimbit Adi kepada pemiliknya.
"Gambar profil dekat Instagram mana boleh tengok besar-besar. Kau tak payah risaulah, dijamin tak kantoi. Aku buat kerja clean kut. Kau sendiri tahu kan?" soal Shauqi.
"Ha, iyalah. Aku nak kena buat apa ni?" soal Haniza.
Adi dan Haniza berteduh dibawah bustop untuk menjalankan projek mereka dalam membongkarkan perangai buaya Shauqi itu. Setelah berjaya 'mengorat' Shauqi, Adi menjerat lelaki itu untuk berjumpa dengan menggunakan Haniza sebagai Adira.
"Kau dah baca semua chat aku dengan dia kan?" Haniza mengangguk pantas.
"Kau cuma sembang saje dengan dia. Sembang pasal girlfriend dia yang sebelum ni. Tanyalah kalau dia ada bercadang untuk terajui MK Foundation lepas papa dia. Cakaplah apa-apa sampai aku boleh reach Fatin." kata Adi.
"Okey!" kata Haniza.
"Thanks, Haniza. Aku terhutang budi dengan kau." kata Adi.
"Beria betul kau nak buktikan perangai Shauqi depan Fatin, kau suka dia ke?" soal Haniza.
"Aku sayang dia sebagai kawan. Aku tak pernah experience apa-apa jenis kecurangan, jadi aku tak nak benda-benda curang ni wujud dalam hidup aku. Same goes to my besties." kata Adi, ikhlas.
"Buatnya apa yang kau rancangkan ni sebenarnya tak betul. Shauqi tu tak curang dengan sesiapa pun. Macam mana?" soal Haniza.
"Shauqi tu dah banyak kali kantoi dengan aku. Selain dengar dari mulut orang dan tengok sendiri perangai Shauqi melalui mesej, aku pernah juga nampak dia dengan mata aku sendiri. Gambar pun ada dalam tangan aku. Cuma aku saje yang tak nak bagi Fatin, aku tak nak dia tuduh aku cemburu. Bila aku buat macam ni, biar dia tahu yang Shauqi tu memang betul-betul penipu." marah Adi.
"Gambar? Kau pernah jumpa dia?" soal Haniza.
"Masa lawat Damia haritu, aku ada pesan Fatin pergi beli kek dekat kafe depan hospital. Tapi, lama sangat dia ambil masa untuk beli. Aku risaulah, takut apa-apa berlaku. Jadi, aku ikut dia sampai ke sana. Kemudian, dari luar tingkap kafe itu... aku nampak Shauqi tengah keluar dengan seorang perempuan ni.
Siap bagi rantai lagi. Aku husnudzon tu cuma kawan dia sebab mana ada kawan lelaki yang bagi rantai saje-saje dekat kawan perempuan kan? Aku andaikan juga yang mungkin mereka dah putus. Tapi, bila aku tanya Fatin, dia kata mereka tak pernah putus." kata Adi.
"Kesian Fatin. Tak pernah bercinta, tapi bila dah dapat... kena game pula." kata Haniza.
"Sebab tu kau kena tolong aku. Kau call mamat buasir tu guna telefon aku. Ajak dia jumpa dekat Starbucks." kata Adi.
"Bukan ke dia tengah keluar dengan Fatin sekarang ni?" soal Haniza.
"Ini yang aku nak tahu. Kalau dia ikhlas dengan Fatin, dia takkan tinggalkan Fatin berseorangan dekat sana seorang diri untuk perempuan lain. Kalau dia tinggalkan Fatin, maksudnya andaian aku betul. Aku akan bawa Fatin datang sini, masa kau sembang dengan dia." kata Adi.
Haniza mengangguk, "By the way, kenapa kau panggil dia mamat buasir?"
"Sebab buasir kan tak boleh duduk, sakit punggung. Samalah macam si mamat buasir tu. Tak tahu duduk diam dengan satu perempuan saje." kutuk Adi.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...